Berita Terpilih

Wednesday, April 27, 2011

Keputusan Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-20 Kategori Terbuka Automobil

Keputusan Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-20 Kategori Terbuka Automobil


ALOR SETAR, 16 April 2011 - Lebih 150 belia yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan serta organisasi kerajaan dan swasta, hari ini menyertai Pertandingan KemahiranMalaysia Ke-20 - Sektor Teknologi Automobil (pra kelayakan) yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber Manusia dan syarikat kereta nasional PROTON Holdings Berhad, yang juga merupakan penaja utama pertandingan tersebut.

Di samping kategori utama iaitu Pertandingan Kemahiran Malaysia – Sektor Teknologi Automobil, acara yang berlangsung selama empat hari ini turut mempertandingkan tiga kategori sampingan yang lain iaitu Pertandingan Kemahiran PROTON; Pertandingan Kemahiran Peringkat Terbuka dan Pertandingan Kemahiran MySkills.

GIATMARA Telah menghantar 2 kumpulan untuk menyertai PKM Kategori Terbuka Bidang Automobil ini.
Salah satu kumpulan telah berjaya memenangi tempat kedua. Syabas diucapkan pada semua peserta.

Kumpulan Satu : Pemenang Tempat Kedua

1. Amizad bin Dahalan - GM Puchong
2. Mohd Aizat bin Abd Aziz - GM Hulu Selangor
3. Shamsul Azhar bin Toyeban - GM Hulu Selangor

Kumpulan Kedua :

1. Hafizi bin Mat Hassan - GM Prima Kubang Pasu
2. Mohd Khairul Azhar bin Mat - GM Langkawi
3. Afindi bin Hassan - GM sungai Petani

Bank Soalan PKM

Bank Soalan PKM




Bidang-Bidang anjuran Kementerian Kerja Raya:

Decorative Painting - 2009 , 2010
Welding - 2009 , 2010
Lukisan Kejuruteraan Mekanikal CADD - 2009 , 2010
Plumbing - 2009 , 2010
Electrical - 2009 , 2010
Bricklaying - 2009 , 2010
Wall & Floor Tilling - 2009 , 2010
Aircond - 2009 , 2010
Joinery - 2009 , 2010

Bidang-Bidang anjuran Kementerian Sumber Manusia:

Penyajian - 2009 , 2010
Dandanan Rambut - 2009 , 2010
Elektronik - 2009 , 2010
Kecantikan & Persolekan - 2009 , 2010
Pembuatan Pakaian Wanita - 2009 , 2010


Makluman !

Berikut adalah soalan PKM Pra-Kelayakan tahun 2010. Berkenaan soalan-soalan PKM tahun sebelumnya atau peringkat akhir akan diupload dari semasa ke semasa.

Monday, April 25, 2011

Sadiehaf : Sarawak Die Hard Fan Website


Kami di GM Sri Aman mengalu-alukan kewujudan blog bolasepak Sarawak. Diharapkan mampu memberi info terbaik dengan senario bola sepak Sarawak.

Blog boleh dilayari di http://sadiehaf.blogspot.com

Sama-samalah kita meningkatkan mutu bola sepak kebangsaan dan Negeri Sarawak!

Sunday, April 24, 2011

Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman




Pada Februari yang lepas, bertempat di Padang KPSU Lama Sri Aman, Program Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman anjuran Kerajaan Negeri Sarawak telah dijalankan dengan jayanya. GIATMARA Sri Aman dengan rasa berbesar hati telah melaksanakan Gimik Perasmian yang unik dengan jayanya.

Dalam pada masa yang sama, GIATMARA Sri Aman telah turut serta dalam pameran agensi di booth pameran Sejiwa Senada. Berikut merupakan rangkuman sepanjang Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman.

Klik Di Sini untuk Album di Facebook Blogmaster




























Sejenak di GIATMARA Sri Aman


Oleh kerana kesibukan kerja luar yang diluar jangkaan, blog ini mengalami ketandusan berita. Semoga ia akan kembali normal seperti sediakala..

Kejohanan Futsal 1GIATMARA2011


1. NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Futsal 1 GIATMARA 2011 semperna sambutan 25 tahun.

2. SEJARAH KEJOHANAN
Kejohanan Futsal 1 GIATMARA ini merupakan kesinambungan daripada Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor yang dianjurkan oleh Kelab Futsal GIATMARA Selangor pada setiap tahun bermula 2007. Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor melibatkan penyertaan daripada anggota kerja dan pelatih GIATMARA seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sambutan yang menggalakkan terhadap penyertaan kejohanan membuatkan pada tahun 2010, kategori veteran telah dipertandingkan.

3. OBJEKTIF
Penganjuran Kejohanan Futsal 1 GIATMARA semperna sambutan Jubli Perak 25 tahun GIATMARA akan dapat
i. Merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan anggota kerja GIATMARA setiap negeri.
ii. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan warga MARA dan IPMa.
iii. Menjalin hubungan rapat diantara anggota kerja GIATMARA dengan KUG setiap negeri.

4. PENGELOLA
Kelab Futsal GIATMARA Selangor

5. TARIKH PERTANDINGAN
25 – 26 Jun 2011

6. TEMPAT
Sport Planet Kajang, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor,

7. YURAN PENYERTAAN
Yuran pendaftaran masuk adalah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja (RM150.00) untuk satu pasukan. Maklumat pembayaran yuran pandaftaran akan dimaklumkan kemudian.

8. KATEGORI
8.1 Kategori yang dipertandingkan :
a. Kategori Lelaki Terbuka
b. Kategori Wanita Terbuka
c. Kategori Veteren/Pengurus Lelaki (40 tahun dan keatas /Pengurus tiada had umur ditetapkan)
d. Kategori Lelaki KUG
e. Kategori Terbuka Lelaki MARA
f. Kategori Terbuka Lelaki IPMa

9. HADIAH
9.1. Hadiah akan disediakan seperti berikut;
A.
Hadiah Utama
i.
Kategori Veteren-Main Event

Juara


Wang Tunai + Piala Iringan Piala 25 tahun Jubli Perak
RM2,000.00

Naib Juara


Wang Tunai + Piala Iringan
RM1,000.00

Ke-3


Wang Tunai + Piala iringan
RM500.00

Ke-4


Wang Tunai + Piala Iringan
RM300.00
ii.
Kategori Terbuka Lelaki,Wanita,KUG,MARA dan IPMa


Juara


Wang Tunai + Piala Iringan Piala Sumbangan
RM1,000.00

Naib Juara


Wang Tunai + Piala Iringan
RM700.00

Ke-3


Wang Tunai + Piala iringan
RM500.00

Ke-4


Wang Tunai + Piala Iringan
RM300.00
B.
Hadiah Khas

i.
Penjaring Terbanyak (setiap kategori)
RM250.00

Wang Tunai + medal

ii.
Pemain Terbaik Perlawanan Akhi
RM250.00

Wang Tunai + Medal



Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila klik DI SINI.

Makan Tengahari Bersama


Let's the picture speak itself.

AVA Modul 07 : Sistem Rangkaian Komputer
















Labels