Berita Terpilih
Photobucket

Tuesday, November 20, 2012

Promosi Pengambilan Pelatih 2013

Warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai latihan bersama GIATMARA dipelawa untuk memohon menyertai dunia kemahiran di GIATMARA Sri Aman.

Kami menawarkan 2 pilihan kursus yang mungkin mampu meransang minat anda untuk menambahkan ilmu pengetahuan.



Lawatan Muhibbah Team Gempur Pelatih 2012

Satu lawatan ringkas telah diatur bersama Team Gempur Pelatih yang telah berhempas pulas pada Pesta Debak 2012.

Lawatan bersama En. Mohd Khairul Azha (Pengurus), Cik Nur Ruhiya Amira (TP STK) dan En. Wan Nizam (PEL) turut disertai oleh 9 orang pelatih.

Lawatan yang merangkumi GIATMARA Betong, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Betong, Kompleks Imigresen dan Kastam Lubok Antu (CIQ), Sempadan Malaysia-Indonesia, GIATMARA Lubok Antu dan Hidroeektrik Batang Ai bermatlamatkan perkongsian pengetahuan.






























Program Gempur Pelatih 2012

Sempena Pesta Debak 2012, GIATMARA Sri Aman telah dijemput oleh YB N30 Saribas, YB Mohamad Razi untuk mengadakan demonstrasi solekan dan promosi pelatih.

Seramai 9 orang pelatih dan 3 orang warga kerja terlibat secara penuh sepanjang program 3 hari 2 malam tersebut.

Program kali ini berjaya mencuri tumpuan penduduk di Saribas serta pengunjung pesta dan berhasil mendapatkan 5 orang pelatih Solekan & Terapi Kecantikan dan 7 orang pelatih Teknologi Sistem Komputer, jauh dari sasaran yang ditetapkan.

Rata-rata pengunjung amat teruja dengan kehadiran GIATMARA Sri Aman dan amat berminat dengan program latihan yang disediakan di GIATMARA.

Pameran dilangsungkan dari jam 8 pagi dan berakhir sehingga 6 petang. Antara medium yang digunakan sepanjang program, hebahan melalui flyers, persembahan multimedia, promosi lisan, demostrasi solekan muka secara percuma, face art dan banner.



















Labels