Berita Terpilih
Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts
Tuesday, November 22, 2011
Wednesday, May 18, 2011
Iklan Jawatan Kosong


Pengisian jawatan di GIATMARA seluruh Negeri Sarawak bagi jawatan sepertimana dibawah:-
A. TENAGA PENGAJAR BAGI KURSUS :-
1. Pendawai Elektrik
2. Teknologi Motosikal
3. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
4. Solekan dan Terapi Kecantikan
5. Senireka Gaya Rambut
6. Fashion & Dressmaking
7. Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
8. Senireka Grafik & Pengiklanan
9. Teknologi Fotografi
Syarat-syarat kelayakan
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang daripada 24 tahun
Sihat tubuh badan
SPM/V, SKM sekurang-kurangnya tahap 2 dalam bidang berkaitan, Sijil, Diploma dalam bidang berkaitan
Pengalaman Bekerja/Mengajar sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih
B. KUMPULAN SOKONGAN
1. Pembantu Eksekutif
2. Pembantu Eksekutif (Logistik)
Syarat-syarat kelayakan
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang daripada 21 tahun
Sihat tubuh badan
Minima SPM (BM Kredit)
Pengalaman Bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih
Kemahiran berkomputer
Permohonan boleh dibuat di:
Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak
No. 15C Tingkat 2,
Kompleks MARA, Satok Parade,
Jalan Satok,
93050 Kuching, SARAWAK.
082-237958 (Tadbir)| 082-237953 (Faks)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 MEI 2011
Monday, April 25, 2011
Sadiehaf : Sarawak Die Hard Fan Website

Kami di GM Sri Aman mengalu-alukan kewujudan blog bolasepak Sarawak. Diharapkan mampu memberi info terbaik dengan senario bola sepak Sarawak.
Blog boleh dilayari di http://sadiehaf.blogspot.com
Sama-samalah kita meningkatkan mutu bola sepak kebangsaan dan Negeri Sarawak!

Sunday, April 24, 2011
Kejohanan Futsal 1GIATMARA2011

1. NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Futsal 1 GIATMARA 2011 semperna sambutan 25 tahun.
2. SEJARAH KEJOHANAN
Kejohanan Futsal 1 GIATMARA ini merupakan kesinambungan daripada Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor yang dianjurkan oleh Kelab Futsal GIATMARA Selangor pada setiap tahun bermula 2007. Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor melibatkan penyertaan daripada anggota kerja dan pelatih GIATMARA seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sambutan yang menggalakkan terhadap penyertaan kejohanan membuatkan pada tahun 2010, kategori veteran telah dipertandingkan.
3. OBJEKTIF
Penganjuran Kejohanan Futsal 1 GIATMARA semperna sambutan Jubli Perak 25 tahun GIATMARA akan dapat
i. Merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan anggota kerja GIATMARA setiap negeri.
ii. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan warga MARA dan IPMa.
iii. Menjalin hubungan rapat diantara anggota kerja GIATMARA dengan KUG setiap negeri.
4. PENGELOLA
Kelab Futsal GIATMARA Selangor
5. TARIKH PERTANDINGAN
25 – 26 Jun 2011
6. TEMPAT
Sport Planet Kajang, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor,
7. YURAN PENYERTAAN
Yuran pendaftaran masuk adalah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja (RM150.00) untuk satu pasukan. Maklumat pembayaran yuran pandaftaran akan dimaklumkan kemudian.
8. KATEGORI
8.1 Kategori yang dipertandingkan :
a. Kategori Lelaki Terbuka
b. Kategori Wanita Terbuka
c. Kategori Veteren/Pengurus Lelaki (40 tahun dan keatas /Pengurus tiada had umur ditetapkan)
d. Kategori Lelaki KUG
e. Kategori Terbuka Lelaki MARA
f. Kategori Terbuka Lelaki IPMa
9. HADIAH
9.1. Hadiah akan disediakan seperti berikut;
A. | Hadiah Utama | |
i. | Kategori Veteren-Main Event | |
Juara | ||
Wang Tunai + Piala Iringan Piala 25 tahun Jubli Perak | RM2,000.00 | |
Naib Juara | ||
Wang Tunai + Piala Iringan | RM1,000.00 | |
Ke-3 | ||
Wang Tunai + Piala iringan | RM500.00 | |
Ke-4 | ||
Wang Tunai + Piala Iringan | RM300.00 | |
ii. | Kategori Terbuka Lelaki,Wanita,KUG,MARA dan IPMa | |
Juara | ||
Wang Tunai + Piala Iringan Piala Sumbangan | RM1,000.00 | |
Naib Juara | ||
Wang Tunai + Piala Iringan | RM700.00 | |
Ke-3 | ||
Wang Tunai + Piala iringan | RM500.00 | |
Ke-4 | ||
Wang Tunai + Piala Iringan | RM300.00 | |
B. | Hadiah Khas | |
i. | Penjaring Terbanyak (setiap kategori) | RM250.00 |
Wang Tunai + medal | ||
ii. | Pemain Terbaik Perlawanan Akhi | RM250.00 |
Wang Tunai + Medal |
Sunday, November 14, 2010
Promo Solekan & Terapi Kecantikan

Pengambilan pelatih untuk kursus Solekan & Terapi Kecantikan kini giat dijalankan.
Sekiranya anda memenuhi kriteria berikut:
1. Bumiputera (Perempuan Sahaja)
2. Berminat
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Membaca & Menulis
5. Sihat tubuh badan.
.. anda adalah yang kami cari.
Mohonlah sekarang untuk sesi latihan bermula Januari 2011
Untuk makluman lanjut tentang Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan klik disini.
Saturday, October 16, 2010
Permohonan Kemasukan Ke GIATMARA Sri Aman Dibuka Sekarang
- TSK 15 - Teknologi Sistem Komputer (Computer System Technology)

- STK 22 - Solekan dan Terapi Kecantikan (Make Up & Beauty Therapy)

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Berstatus BUMIPUTERA
- 3M (Minat, Membaca, Menulis)
- Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan
- Sihat tubuh badan
- Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan.
Tempat adalah terhad. Segeralah ke GIATMARA Sri Aman untuk mendaftar.
Borang juga boleh dimuat-turun dari laman ini.
Klik Untuk Muat Turun Borang Permohonan
PROGRAM PERANTISAN KHAS GIATMARA-EPU
Program Perantisan Khas GIATMARA kini dibuka kepada semua belia-belia BUMIPUTERA berumur dari 15-20 tahun yang tidak berminat untuk belajar tetapi minat untuk bekerja sambil meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebarang maklumat, hubungi GIATMARA berdekatan.

Permohonan bagi Program Perantisan Khas GIATMARA-EPU adalah seperti dibawah:
- Berumur 15 hingga 20 tahun (Orang Asli hingga 25 tahun)
- Keputusan peperiksaan kurang memuaskan (SPM @ PMR)
- Minat, Membaca dan Menulis
- Tidak tamat sekolah
Borang permohonan boleh didapati di GIATMARA berdekatan.
Friday, October 15, 2010
Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Sarawak | 23-24 Oktober 2010
Jelajah Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak akan diteruskan pada bulan ini di Waterfront, Kompleks Pelancongan Sarawak dan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Untuk maklumat lanjut mengenai atur cara dan program, klik di bawah :
Wednesday, October 13, 2010
Peluang Melanjutkan Pelajaran Ke Institusi Pendidikan Tinggi MARA (IPMA)
Adalah dimaklumkan Permohonan Terbuka UPIM untuk kemasukan ke IPMa bagi sesi Januari 2011 akan diadakan di semua negeri secara berperingkat bermula 18 Oktober 2010 hingga 4 November 2010.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang belum memohon secara online.

Sila Klik Pada Imej Untuk Paparan Lebih Jelas
Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang belum memohon secara online.

Sila Klik Pada Imej Untuk Paparan Lebih Jelas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- 5S (1)
- Aktiviti (41)
- AVA (1)
- Berita (4)
- Grafik (6)
- Iklan (10)
- Info (29)
- Kursus (2)
- Multimedia (5)
- Pembangunan (1)
- Permohonan Online (1)
- PKM (3)
- Rasmi (3)
- Sejarah (2)
- Sri Aman (1)
- Umum (3)