Monday, October 11, 2010

Ramah Tamah Aidilfitri 2010 | 23092010

Ramah Tamah Aidilfitri 2010 telah dilangsungkan dengan jayanya oleh para pelatih GM Sri Aman. Diadakan di foyer GM Sri Aman, ianya turut merangkumi Majlis Perpisahan En. Harriee Harezal bin Razali, Pengurus GM Serian yang telah menjalankan tugas di GM Sri Aman dengan jayanya.

Berkonsepkan majlis yang santai, persiapan dalam keadaan minit terakhir nampaknya menampakkan hasil dengan kerjasama semua warga kerja dan pelatih GM Sri Aman. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Mohd Khairul Azha diwarnai dengan ucapan penuh bermakna oleh En. Harriee Harezal.

Majlis yang ringkas diteruskan dengan jamuan kuih muih dan diserikan dengan nyanyian oleh pelatih dan warga kerja. Majlis berakhir tepat jam 12.30 tengahari.














0 komen:

Post a Comment