Photobucket

Thursday, November 4, 2010

Cabaran SUKMAS 2010



Cabaran SUKMAS 2010

Venue:
IKM Kuching

Tarikh:
5-7 November 2010

Sukan MARA Sarawak atau SUKMAS adalah temasya sukan dan permainan tahunan yang dianjurkan untuk kakitangan MARA dari setiap MRSM, IKM, Pejabat MARA Negeri & Daerah serta Pusat Giat MARA yang terdapat dalam negeri Sarawak. Sebanyak 9 (Sembilan) acara yang akan dijalankan seperti :
  • Badminton (Berpasukan)
  • Dart (Berpasukan)
  • Ping Pong (Berpasukan)
  • Bola Jaring
  • Futsal
  • Karom (Berpasukan)
  • Petanque (Berpasukan)
  • Sepak Takraw Antara Regu
  • Bowling (Berpasukan).
Temasya pada kali ini akan diserikan dengan acara jemputan VIP iaitu Petanque Berpasukan serta Golf Jemputan dari kalangan pemain golf dari seluruh pusat MARA di Semenanjung. Sabah serta Sarawak.

Temasya yang julung-julung kali diadakan ini telah mula diadakan pada tahun 2009 yang dikelola dengan jayanya oleh MRSM Kuching. Giliran untuk pengelolaan temasya bagi tahun 2010 telah dipertanggungjawabkan kepada MRSM Betong. Namun, atas sebab-sebab tertentu, ianya tidak dapat dilaksanakan dan pihak IKM Kuching sanggup untuk meneruskan penganjuran sukan tahun ini. Pada temasya tahun ini juga, MRSM Mukah buat pertama kalinya menyertai SUKMAS.

Kontingen/ pasukan yang akan turut serta dalam penganjuran SUKMAS 2010 adalah seperti berikut:-

i. IKM Kuching

ii. Pejabat MARA Negeri Sarawak

iii. MRSM Kuching

iv. MRSM Betong

v. MRSM Mukah

vi. GIATMARA Sarawak


Cabaran GIATMARA Sarawak

GIATMARA Sarawak bakal mempertarukan jaguh-jagh dari serata Sarawak untuk kejohanan kali ini.

Datanglah dan berikanlah sokongan untuk semua atlet-atlet kita!

















0 komen:

Post a Comment