Monday, November 22, 2010

Lawatan Verifikasi GCPA GM Sri Aman



Lawatan Verifikasi GCPA Sarawak Zon Selatan telah bermula pagi ini dengan GM Sri Aman menjadi destinasi pertama dalam lawatan kali ini. Kedua-dua kursus di GM Sri Aman telah dinilai sepenuhnya dalam lawatan kali ini iaitu kursus Teknologi Sistem Komputer dan Solekan & Terapi Kecantikan.

Dalam lawatan kali ini, 3 orang Pegawai telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penilai kepada tahap persediaan GCPA GIATMARA Sri Aman. Mereka yang terlibat adalah:

  • En. Haris Aswady bin Harun (Pengurus GIS GIATMARA Malaysia)
  • En. Ariffin bin Ahmad (Pegawai Kurikulum GIATMARA Malaysia)
  • En. Menis bin Abd Aziz (Pegawai Perhubungan Industri GIATMARA Negeri Sarawak)

Verifikasi GCPA bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir sekitar 12.00 tengahari. Secara keseluruhan kedua-dua kursus telah memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam perlaksanaan Sistem Penilaian Kompetensi GIATMARA (GCPA - GIATMARA Competency Point Average).

Verifikasi dimulakan dengan kursus Solekan & Terapi Kecantikan dan seterusnya diakhiri oleh kursus Teknologi Sistem Komputer.



Semakan di Bengkel TSK


Segala pembuktian Penilaian Berterusan
dan Penilaian Akhir Modul


Penyemakan Dokumen setiap Tenaga Pengajar


Giliran Dokumentasi Teknologi Sistem Komputer


Semakan Rekod Tenaga Pengajar, Penilaian Berterusan dan Penilaian Akhir Modul


Pegawai Penilai dan PPI Sarawak seterusnya melawat bengkel TSK dan STK dan diberikan taklimat ringkas tentang aktiviti dan perkembangan semasa GM Sri Aman. Di akhir lawatan, kesemua Pegawai dan Pengurus melakukan rawatan facial di bengkel STK.

Memeriksa Almari Peralatan Teknologi Sistem Komputer



Memerhati video promo STK yang diolah oleh TP Azha


En. Faizal menerangkan tentang aktiviti promo GM Sri Aman


Pelatih TSK semasa lawatan ke bengkel.


Lawatan ke Bengkel STK


Semasa lawatan ke Bengkel TSK


Pelatih STK


Semasa menjalani rawatan facial.


Penilaian GCPA yang telah disempurnakan.



TP bersama pelatih

Lawatan berakhir jam 1 tengahari sebelum Team GCPA bergerak ke GM Lubok Antu.


En. Mohd Faizal menyerahkan gambar bersama warga kerja GM Sri Aman kepada En. Ariffin bin Ahmad (Pegawai Kurikulum GIATMARA Malaysia)


En. Mohd Faizal menyerahkan gambar bersama warga kerja GM Sri Aman kepada En. Haris Aswady bin Harun (Pengurus GIS GIATMARA Malaysia)


En. Mohd Faizal menyerahkan gambar bersama warga kerja GM Sri Aman kepada En. Menis bin Abd Aziz (Pegawai Perhubungan Industri GIATMARA Negeri Sarawak)

Secara keseluruhannya, semuanya berjalan lancar dan dokumentasi telah diperakukan dengan jayanya. Tahniah!


0 komen:

Post a Comment