Monday, December 20, 2010

Tinjauan Tanah Tapak Kekal GIATMARA Sri Aman

Hasil pertemuan yang positif bersama YB Hajjah Simoi Peri, ADUN Lingga, tinjauan segera terhadap tapak kekal telah dilakukan oleh Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat, TP Mohd Khairul Azha dan Wan Nizam (P/Setor) bersama beberapa orang pelatih.












Antara yang dikenalpasti dalam lawatan kali ini adalah struktur tanah, jarak tapak kekal dari Bandar Sri Aman, ciri-ciri keselamatan, sistem perparitan, status kawasan banjar dan sempadan tanah. Namun begitu, dalam tinjauan kali ini, satu permohonan akan dibuat kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk mengetahui sempadan tanah dan dalam masa yang sama melihat kedudukan sebenar tapak kekal tersebut.





Ini adalah penting dalam usaha mempercepatkan pewujudan tapak kekal GM Sri Aman sejajar dengan permintaan penduduk Sri Aman yang ingin melihat terdirinya satu Pusat Latihan Teknikal di Bahagian Sri Aman yang lengkap dan canggih.



0 komen:

Post a Comment