Friday, January 14, 2011

Bacaan Yassin Perdana sempena Sambutan Jubli Perak GIATMARA Malaysia

Bacaan Yassin Perdana sempena Sambutan Jubli Perak GIATMARA Malaysia telah diadakan serentak di GIATMARA Seluruh GIATMARA. Majlis yang dimulakan di GIATMARA Prima Kubang Pasu yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf bersama Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, turut disertai oleh anggota kerja dan pelatih GIATMARA di seluruh Malaysia.

Di GIATMARA Sri Aman, majlis disertai oleh Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat, TP Sabrina Abdul Rahim dan TP Norlailawati Mohamad Masuni. 3 orang anggota kerja lain iaitu TP Mohd Khairul Azha Haji Azahari, PEL Wan Nizam Wan Hassan dan PEU Rosni Wahid, turut serta dalam majlis di GIATMARA Kubang Pasu.









Imej Asal dari Facebook En. Mohd Faizal Che Amat

Klik untuk Album Asal

0 komen:

Post a Comment