Thursday, January 6, 2011

Jogathon Cegah Jenayah anjuran PDRM Sri Aman

Pelatih dan Warga Kerja GIATMARA Sri Aman telah menyertai satu program jogathon anjuran Polis DiRaja Malaysia Kontingen Sri Aman dimana ianya melibatkan seluruh komuniti di Sri Aman.

Program tersebut pada 20 Disember 2010 bertempat di Tebingan Batang Lupar. Pelepasan Jogathon disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh bin Muhammad.

Larian selama 3km di sekitar Bandar Sri Aman dibahagikan kepada 5 kategori iaitu:
  • Terbuka Lelaki
  • Terbuka Perempuan
  • Terbuka Kanak-Kanak Lelaki
  • Terbuka Kanak-Kanak Perempuan
  • Veteran
Selain daripada itu, Pertandingan Melukis & Mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan di Tebingan Batang Lupar. Persembahan Kombo PDRM Sarawak turut menyerikan lagi majlis pada pagi tersebut.

Pameran dari pelbagai jabatan PDRM disediakan untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang PDRM.

Selesai jogathon, Pertandingan Senam Kenyalang terus memeriahkan aktiviti pada pagi tersebut. Aktiviti tersebut selesai pada jam 11.00 pagi.






































































































































0 komen:

Post a Comment