Berita Terpilih

Tuesday, November 30, 2010

Formula Pengiraan Skor 1-6 SPMa

Berikut adalah link untuk memuat turun fail Formula Pengiraan Skor 1-6 SPMa yang terkini setelah pembetulan formula oleh TP Mohd Khairul Azha Haji Azahari dari GM Sri Aman.


Pembetulan Format ini dilakukan bersama En. Mohd Faizal bin Che Amat dan En. Zulkefly dari UNQ. Format ini telah dipersetujui oleh pihak UNQ untuk digunapakai dalam Sistem Penilaian Kendiri di peringkat Pusat.

Nota:
Tarikh Akhir untuk penghantaran GM Sarawak adalah pada 21 Februari 2011.

Tuesday, November 23, 2010

Perlaksanaan 3L 2010

Aktiviti 3L (Life Long Learning) telah dimulakan pada 23 November 2010.

2 kursus telah dijalankan iaitu:
  • Teknologi Sistem Komputer (TP Halizah)
  • Solekan & Terapi Kecantikan (TP Norlailawati)
Kelas dimulakan jam 7.30 malam dan berakhir 10.00 malam.









Monday, November 22, 2010

Lawatan Verifikasi GCPA GM Sri Aman



Lawatan Verifikasi GCPA Sarawak Zon Selatan telah bermula pagi ini dengan GM Sri Aman menjadi destinasi pertama dalam lawatan kali ini. Kedua-dua kursus di GM Sri Aman telah dinilai sepenuhnya dalam lawatan kali ini iaitu kursus Teknologi Sistem Komputer dan Solekan & Terapi Kecantikan.

Dalam lawatan kali ini, 3 orang Pegawai telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penilai kepada tahap persediaan GCPA GIATMARA Sri Aman. Mereka yang terlibat adalah:

  • En. Haris Aswady bin Harun (Pengurus GIS GIATMARA Malaysia)
  • En. Ariffin bin Ahmad (Pegawai Kurikulum GIATMARA Malaysia)
  • En. Menis bin Abd Aziz (Pegawai Perhubungan Industri GIATMARA Negeri Sarawak)

Verifikasi GCPA bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir sekitar 12.00 tengahari. Secara keseluruhan kedua-dua kursus telah memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam perlaksanaan Sistem Penilaian Kompetensi GIATMARA (GCPA - GIATMARA Competency Point Average).

Verifikasi dimulakan dengan kursus Solekan & Terapi Kecantikan dan seterusnya diakhiri oleh kursus Teknologi Sistem Komputer.



Semakan di Bengkel TSK


Segala pembuktian Penilaian Berterusan
dan Penilaian Akhir Modul


Penyemakan Dokumen setiap Tenaga Pengajar


Giliran Dokumentasi Teknologi Sistem Komputer


Semakan Rekod Tenaga Pengajar, Penilaian Berterusan dan Penilaian Akhir Modul


Pegawai Penilai dan PPI Sarawak seterusnya melawat bengkel TSK dan STK dan diberikan taklimat ringkas tentang aktiviti dan perkembangan semasa GM Sri Aman. Di akhir lawatan, kesemua Pegawai dan Pengurus melakukan rawatan facial di bengkel STK.

Memeriksa Almari Peralatan Teknologi Sistem Komputer



Memerhati video promo STK yang diolah oleh TP Azha


En. Faizal menerangkan tentang aktiviti promo GM Sri Aman


Pelatih TSK semasa lawatan ke bengkel.


Lawatan ke Bengkel STK


Semasa lawatan ke Bengkel TSK


Pelatih STK


Semasa menjalani rawatan facial.


Penilaian GCPA yang telah disempurnakan.



TP bersama pelatih

Lawatan berakhir jam 1 tengahari sebelum Team GCPA bergerak ke GM Lubok Antu.


En. Mohd Faizal menyerahkan gambar bersama warga kerja GM Sri Aman kepada En. Ariffin bin Ahmad (Pegawai Kurikulum GIATMARA Malaysia)


En. Mohd Faizal menyerahkan gambar bersama warga kerja GM Sri Aman kepada En. Haris Aswady bin Harun (Pengurus GIS GIATMARA Malaysia)


En. Mohd Faizal menyerahkan gambar bersama warga kerja GM Sri Aman kepada En. Menis bin Abd Aziz (Pegawai Perhubungan Industri GIATMARA Negeri Sarawak)

Secara keseluruhannya, semuanya berjalan lancar dan dokumentasi telah diperakukan dengan jayanya. Tahniah!


Friday, November 19, 2010

Lawatan GCPA Zon Tengah



Lawatan GCPA di Zon Tengah pada 22 Nov 2010 hingga 26 Nov 2010.


1. 22/11/10 (Isnin) - 8.00 am GM Sri Aman dan 2.00 pm GM Lubok Antu.
2. 23/11/10 (Selasa) - 8.00 am GM Betong dan 2.00 pm GM Saratok.
3. 24/11/10 (Rabu) - 8.00 am GM Tanjung Manis dan 2.00 pm GM Sarikei.
4. 25/11/10 (Khamis) - 8.00 am GM Kapit dan 2.00 pm GM Sibu
5. 26/11/10 (Jumaat) - 8.00 am GM Julau.

Seluruh Warga Kerja GIATMARA Sri Aman mengalu-alukan kedatangan pihak verifikasi GCPA.

Wednesday, November 17, 2010

5S Bengkel Teknologi Sistem Komputer

Bengkel TSK kini dalam proses menjalani program 5S dan usaha giat dijalankan oleh Tenaga Pengajar dan pelatih. Terkini, program untuk melabel dan membuat penanda akan diteruskan dalam usaha memenuhi kriteria persekitaran yang kondusif dan menarik.

Sungguhpun demikian, usaha ini tidak akan berjaya tanpa usaha yang berterusan dan komitmen kepada program 5S sendiri.

Berikut merupakan imej terkini bengkel TSK di GIATMARA Sri Aman.


Meja TP dengan Dual Screen PC System


Susun atur dalam bengkel setelah selesai sesi kuliah.


Kedudukan kerusi pelatih dan PC latihan.


Susun atur peralatan dalam almari inventori.


Rak Fail GCPA


Poster patriotik di dinding hadapan tangga bengkel.


Poster Amalan Budaya Bersih di dalam bengkel.


Peraturan Bengkel


Kedudukan Suis, Nama Tenaga Pengajar dan Poster Patriotik.


Kedudukan PC di atas meja setelah dibuat tag penanda.


Report by:

Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari

Salam Aidiladha 1431H




Selamat Hari Raya Aidiladha

Dari ;

Kami semua Warga Kerja GIATMARA Sri Aman, Sarawak
kepada semua warga kerja GIATMARA Malaysia dan semua Umat Islam yang menyambutnya...

Kepada yang balik dengan kenderaan sendiri....memandulah dengan berhemah dan jagalah keselamatan diri......



Apakah Ibadah Qurban dan Aidiladha?

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
[sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Sunday, November 14, 2010

Promo Solekan & Terapi Kecantikan




Pengambilan pelatih untuk kursus Solekan & Terapi Kecantikan kini giat dijalankan.

Sekiranya anda memenuhi kriteria berikut:

1. Bumiputera (Perempuan Sahaja)
2. Berminat
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Membaca & Menulis
5. Sihat tubuh badan.

.. anda adalah yang kami cari.



Mohonlah sekarang untuk sesi latihan bermula Januari 2011

Untuk makluman lanjut tentang Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan klik disini.

Thursday, November 11, 2010

Fenomena Benak



Sri Aman terkenal dengan fenomena benak, melihat benak buat pertama kali adalah satu pengalaman baru kepada Pengurus GM Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat.





Dikesempatan itu, beliau sempat bertemu dengan Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Abang Shamsudin Abang Seruji.

Redlove Beauty | Inkubator GM Sri Aman













Beliau merupakan lepasan pelatih Solekan dan Terapi Kecantikan (Sesi Jan-Jun 2008). Berkelulusan Diploma Sains Komputer tetapi lebih cenderung ke arah perniagaan. Dengan berbekalkan keazaman ingin berjaya dalam perniagaan, beliau memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan dengan syarikat milik beliau sendiri Sab D' Beauty pada penghujung tahun 2009.

Sehingga kini, nama Redlove Beauty kian menjadi sebutan penduduk Sri Aman.

Cik Sabariah Deni boleh dihubungi melalui akaun FB

Zabrina Danny

Panorama GIATMARA Sri Aman



Image of GIATMARA Sri Aman

Shot by Sony DSLR A-350

ISO Value : 100
Aperture : 7.1
Exposure : 1/60

Shot & Photo Editing Done by : Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari

Special Thanks : Abdul Yazid, Abg Ahmad Najmi

Wednesday, November 10, 2010

Photoshoot Taman Panorama Benak



Kali ini satu sesi photoshoot diadakan pada sebelah petang di Taman Panorama Benak. Semua pelatih terlibat menjayakan program ini dan diserikan lagi dengan peragaan baju pengantin oleh pelatih-pelatih STK.



































Labels