Berita Terpilih

Tuesday, June 7, 2011

GIATMARA Sri Aman di Jom Heboh!






GIATMARA Malaysia menyumbang untuk Tabung Bersamamu TV3.

GIATMARA Sri Aman mewakili GIATMARA Malaysia telah menyertai satu program kebajikan bersempena dengan Karnival Jom Heboh di Kuching pada hujung minggu lepas. Dalam program 2 hari tersebut, 5 orang pelatih Solekan & Terapi Kecantikan bersama 2 orang pelatih Teknologi Sistem Komputer telah bertungkus lumus untuk melakukan servis solekan muka, solekan penuh, solekan “fantasy”, mencukur bulu kening dan mengecat kuku. Sebahagian daripada bayaran yang telah dibuat oleh pengunjung Karnival Jom Heboh, didermakan kepada Tabung Bersamamu TV3.

Tenaga Pengajar Solekan & Terapi Kecantikan, Puan Sabrina binti Abdul Rahim telah bersama pelatih memberikan khidmat solekan sepanjang 2 hari tersebut. Sebagai hasilnya, seramai 80 orang pengunjung telah bersama membantu program kebajikan tersebut. Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal bin Che Amat turut bersama sepanjang tempoh tersebut dan dibantu oleh Tenaga Pengajar Mohd Khairul Azha Haji Azahari dan En. Wan Nizam Wan Hassan.


Program Kebajikan ini diadakan di booth Wanita turut diserikan dengan pelbagai aktiviti jualan dari pihak TV3 bersama artis Danny X-Factor dan Allana Amir (Lagenda: Ahmad Albob Yang Punya), Ana Dahlia (Akasia: Nora Elena) serta pengacara Wanita Hari Ini dan krew-krew TV3.


Sumbangan ke Tabung Bersamamu telah diserahkan dalam satu majlis ringkas sebelum berakhirnya sesi di booth Wanita.

Labels