Berita Terpilih

Wednesday, October 27, 2010

Jawatan Kosong di GIATMARA Sarawak



Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa GIATMARA Sarawak menawarkan jawatan kosong bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. Tenaga Pengajar :
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Motosikal
  • Fashion & Dressmaking
  • Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Animasi & Digital
2. Pembantu Tadbir

3. Penyelanggara Stor

4. Pemandu

Pemohon untuk jawatan di atas bolehlah menyediakan surat permohonan, salinan sijil dan resume untuk disertakan bersama permohonan.

Permohonan boleh dihantar ke Pejabat GIATMARA Negeri Saarawak selewatnya pada atau sebelum Rabu, 3hb Nov 2010. Selepas daripada tarikh tersebut sebarang permohonan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan, bolehlah terus berhubung kepada talian 082-237958 atau terus ke Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak.

Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak
No. 15C, Kompleks MARA
Satok Parade, Jalan Satok
93400, Kuching
SARAWAK

Monday, October 25, 2010

Pelatih GM Sri Aman | Julai - Disember 2010

Video Pelatih-Pelatih GM Sri Aman

Friday, October 22, 2010

Blogsite GM Sarawak



Blogsite GM Sarawak kini telah dibangunkan oleh TP Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari dan bakal lengkap menjelang penghujung Oktober 2010.

Layari Laman Blog GM Sarawak

Wednesday, October 20, 2010

Photoshoot GM Sri Aman | 201010

Sesi fotografi untuk GM Sri Aman telah dijalankan pada sebelah petang 20 Oktober di foyer GM Sri Aman. Sesi ini berjalan lancar dan ceria.



Berdiri Dari Kiri : En. Wan Nizam Wan Hassan (P/Setor), Pn. Norlailawati Mohamad Masuni (TP TSK15), Cik Rosni Wahid (P/Tadbir), En. Mohd Khairul Azha Hj Azahari (TP TSK 15)

Duduk Dari Kiri : Pn. Sabrina Abdul Rahim (TP STK22), En. Mohd Faizal Che Amat (Pengurus), Pn. Halizah Hj Ngatijo (TP STK22)







Berdiri Dari Kiri : Nurul Affidah, Susan, Nor Sahzarina, Nur Ruhiya Amira, Zeliha, Nurul Atiqah

Duduk Dari Kiri : Mary Emelda, Pn. Sabrina Abdul Rahim (TP), En. Mohd Faizal Che Amat (Pengurus), Pn. Halizah Hj Ngatijo (TP), Martina Marlia





Berdiri Dari Kiri : Mohammad Aqmarul Afif, Mohd Amirul, Mohd Ruzaimin, Noorfarid, Abg Ahmad Najmi, Abdul Hafiz, Nor Fazmeer Ikhsan, Abg Mohd Fitri, Aajlaa

Duduk Dari Kiri : Emelda, Abdul Yazid, En. Mohd Khairul Azha (TP) , En. Mohd Faizal Che Amat (Pengurus) , Pn. Norlailawati (TP) , Rafidah, Dayang Nor Kartina

Duduk Depan Dari Kiri : Shirley, Nurul Nillyana, Affah Fanihan, Awgku Mohd Omar, Zamzariah, Suziee, Selia





Photo by Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari

Image generated by Sony DSLR Alpha 350

Saturday, October 16, 2010

Program Keceriaan |15102010

Program Keceriaan dan Gotong Royong telah dilakukan pada sebelah pagi tadi dimana pengubahsuaian lanskap menjadi agenda utama untuk gotong-royong kali ini.

  • Membuka Penghadang Kayu yang telah reput
  • Pembahagian Papan dan Pembersihan reput
  • Aturan Semula Lanskap Kawasan TP Sabrina dan TP Khairul
  • Lanskap TP Halizah
  • Pengumpulan Buluh Zon P/Stor Wan Nizam
Namun demikian, tiada imej penuh diambil kerana kesibukan semua warga kerja dan pelatih sepanjang hari ini. Hanya imej ketika jamuan ringan dan kerja pembersihan kayu reput.
















Permohonan Kemasukan Ke GIATMARA Sri Aman Dibuka Sekarang


Kami mengalu-alukan kemasukan anda ke GIATMARA Sri Aman untuk sesi pengajian bermula Januari 2011 hingga Jun 2011 untuk kursus seperti berikut:

  • TSK 15 - Teknologi Sistem Komputer (Computer System Technology)
  • STK 22 - Solekan dan Terapi Kecantikan (Make Up & Beauty Therapy)


Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Berstatus BUMIPUTERA
  2. 3M (Minat, Membaca, Menulis)
  3. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan
  4. Sihat tubuh badan
  5. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan.

Tempat adalah terhad. Segeralah ke GIATMARA Sri Aman untuk mendaftar.

Borang juga boleh dimuat-turun dari laman ini.

Klik Untuk Muat Turun Borang Permohonan

PROGRAM PERANTISAN KHAS GIATMARA-EPU

Program Perantisan Khas GIATMARA kini dibuka kepada semua belia-belia BUMIPUTERA berumur dari 15-20 tahun yang tidak berminat untuk belajar tetapi minat untuk bekerja sambil meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebarang maklumat, hubungi GIATMARA berdekatan.




Permohonan bagi Program Perantisan Khas GIATMARA-EPU adalah seperti dibawah:
  • Berumur 15 hingga 20 tahun (Orang Asli hingga 25 tahun)
  • Keputusan peperiksaan kurang memuaskan (SPM @ PMR)
  • Minat, Membaca dan Menulis
  • Tidak tamat sekolah
Borang permohonan boleh didapati di GIATMARA berdekatan.


Friday, October 15, 2010

Intipati Bajet 2010

Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. * Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Pengecualian duti eksais 100 peratus ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh Orang Kelainan Upaya (OKU).

* Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000.

* Mengecualikan 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama.

* Mengecualikan 100 peratus duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.

* Melaksanakan Program Latihan 1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta di Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara.

* Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.

* Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.

* Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.

* Menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan.

* Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada imam.

* Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK dan Pengerusi JKKP, Tok Batin, dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800.

* Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dinaikkan dari RM30 ke RM50.

* Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara kerajaan.

* Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

* Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember untuk tempoh satu tahun lagi.

* Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.

* Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000.

* Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.

* Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat buah bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

-Sumber dari Bernama




Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Sarawak | 23-24 Oktober 2010



Jelajah Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak akan diteruskan pada bulan ini di Waterfront, Kompleks Pelancongan Sarawak dan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Untuk maklumat lanjut mengenai atur cara dan program, klik di bawah :


Info ini diambil dari Laman Malaysia Inovatif


Thursday, October 14, 2010

Tinjauan Tapak Transit Baru GM Sri Aman | 13102010

Pihak Pejabat Daerah telah bersetuju mengurniakan 3 unit kuarters kerajaan untuk dibangunkan semula sebagai transit GM Sri Aman. Justeru, tinjauan telah dilakukan untuk menilai tahap keselamatan dan pembaikpulihan yang perlu dilakukan.

Melalui tinjauan, kuarters tersebut dalam keadaan sederhana dan memerlukan pembaikpulihan sebelum dijadikan transit pelatih GM Sri Aman.









Laporan dan Imej oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari

Pertemuan dengan Tuan DO Sri Aman |13102010




Pertemuan rasmi telah dibuat di Pejabat Daerah Sri Aman. Dalam pertemuan tersebut, Pengurus GM Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat telah membincangkan pelbagai perkara bersama Tuan DO Bujang Mudin tentang perkembangan GIATMARA Sri Aman.

Antara intipati perbincangan tersebut adalah:
  • Permohonan Penurapan Jalan Masuk ke GM Sri Aman
  • Permohonan Pagar Mengelilingi Kawasan GM Sri Aman
  • Penerimaan 3 Kuarters untuk Kegunaan Transit GM Sri Aman dan Pembaikpulihan Kuarters
  • Kerjasama Strategik Pejabat DO dan GM Sri Aman dalam pembangunan Sri Aman
  • Program Life Long Learning (3L) di GM Sri Aman
Turut sama dalam pertemuan tersebut adalah Majistret Sri Aman, Tuan Zulhairil Bin Sulaiman, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO), Douglas Amut dan TP Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari.


En. Faizal dan Tuan DO Bujang sedang berbincang dengan SAO Douglas.


Pertemuan ringkas tapi padat dan mesra.


Bergambar bersama SAO Douglas (Kiri), Tuan DO Bujang (Tengah) dan Tuan Majistret Sri Aman (Kanan)


Laporan dan Imej oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari

Wednesday, October 13, 2010

Peluang Melanjutkan Pelajaran Ke Institusi Pendidikan Tinggi MARA (IPMA)

Adalah dimaklumkan Permohonan Terbuka UPIM untuk kemasukan ke IPMa bagi sesi Januari 2011 akan diadakan di semua negeri secara berperingkat bermula 18 Oktober 2010 hingga 4 November 2010.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang belum memohon secara online.


Sila Klik Pada Imej Untuk Paparan Lebih Jelas

Tuesday, October 12, 2010

Tinjauan Tapak Tinggalan Bomba untuk Cadangan Cawangan GM Sri Aman

Satu tinjauan telah dibuat di tapak tinggalan Bomba Sri Aman. Daripada tinjauan tersebut, resolusi telah dibuat agar permohonan diajukan untuk mendapatkan tapak tersebut dari pihak Bomba.

Melalui kajiselidik yang telah dilakukan oleh TP Puan Sabrina Abdul Rahim sebelum ini, permintaan terhadap dua kursus menjadi yang menjadi pilihan penduduk di sekitar Sri Aman adalah:
  • Baikpulih, Mengetuk & Mengecat Kenderaan
  • Teknologi Motosikal
Perbincangan akan diteruskan dan kita berdoa agar usaha ini mendapat kejayaan. Amin.



















Laporan dan Imej oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari

Monday, October 11, 2010

Sri Aman | Taman Panorama Benak

Andai anda berkunjung ke Bahagian Sri Aman, salah satu dari tarikan utamanya adalah Taman Panorama Benak. Ianya dibina sebagai salah satu kawasan santai dan riadah disamping menjadi tempat untuk menyaksikan fenomena benak (tidal-bore).

Ianya terletak berhadapan dengan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan bersebelahan dengan Kubu Alice. Kalau anda berkunjung ke Sri Aman, jangan lupa untuk singgah ke Taman Panorama Benak.














1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara di Rh Radin, Putat, Sri Aman

Program 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara telah diadakan bersempena Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan. Bahagian Sri Aman telah terpilih dalam program kali ini dan ianya diadakan di Rh. Radin, Putat, Sri Aman.

Majlis Penutupan disempurnakan oleh YB Hajjah Simoi Peri, ADUN N23 Lingga. Majlis turut dihadiri oleh Residen Bahagian Sri Aman, En. Abang Shamsudin, Timbalan Residen, Pn. Felicia Tan, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua kaum.


Deklamasi Puisi oleh Saudara Hamden Bolhen


Suasana di ruai Rh. Radin


Ucapan Pengarah DBP Sarawak, En. Jiso Rutan.


En. Mohd Faizal duduk bersama isi rumah Rh Radin


Ucapan dari YB Hajjah Simoi Peri


"Jangan terkejut kalau ini di rumah panjang", kata En. Faizal


Juara Deklamasi Puisi


Antara jemputan yang hadir


Lafaz Ikrar 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Malaysia


Ikrar bersama isi Rh. Radin


"Jaga Meh Pemersi Rampa Rumah Kitai"
-Jaga Kebersihan Rumah Panjang Kita


YB Hajjah Simoi


Residen Bahagian Sri Aman, En. Abang Shamsudin Abang Seruji


Beramah mesra dengan penduduk sekitar


Makan "pengilan seperah"


Bersama Residen Sri Aman


Perkenalan dengan YB Hajjah Simoi


En. Faizal di perkarangan Rh. Radin



Disediakan oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari

Labels