Berita Terpilih

Friday, January 14, 2011

Bacaan Yassin Perdana sempena Sambutan Jubli Perak GIATMARA Malaysia

Bacaan Yassin Perdana sempena Sambutan Jubli Perak GIATMARA Malaysia telah diadakan serentak di GIATMARA Seluruh GIATMARA. Majlis yang dimulakan di GIATMARA Prima Kubang Pasu yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf bersama Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, turut disertai oleh anggota kerja dan pelatih GIATMARA di seluruh Malaysia.

Di GIATMARA Sri Aman, majlis disertai oleh Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat, TP Sabrina Abdul Rahim dan TP Norlailawati Mohamad Masuni. 3 orang anggota kerja lain iaitu TP Mohd Khairul Azha Haji Azahari, PEL Wan Nizam Wan Hassan dan PEU Rosni Wahid, turut serta dalam majlis di GIATMARA Kubang Pasu.









Imej Asal dari Facebook En. Mohd Faizal Che Amat

Klik untuk Album Asal

GIATMARA, 25 Tahun Penuh Gemilang

MMP : Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman



Bertempat di Jabatan Bomba & Penyelamat Sri Aman, pelatih dan warga kerja GIATMARA Sri Aman telah mengadakan lawatan muhibbah untuk mengeratkan silaturahhim antara satu sama lain. Ini juga merupakan pengisian sepanjang Minggu Mesra Pelatih Sesi Januari - Jun 2011.

Dalam sesi tersebut, semua ahli rombongan telah didedahkan dengan asas penggunaan pemadam api dan jenis-jenisnya. Intipati ceramah dan penerangan tersebut turut merangkumi Modul 1 untuk setiap kursus; Mengawal Keselamatan di Tempat Kerja.

Dalam kesempatan itu, semua ahli rombongan diberi peluang melihat dengan lebih dekat jentera Bomba yang baru saja tiba di BOMBA Sri Aman. Pengalaman melihat jentera yang bernilai jutaan ringgit ini tidak disia-siakan oleh semua.

Kemudiannya, demonstrasi dan amali penggunaan pemadam api untuk mengawal kebakaran kecil telah diadakan di lapangan luas di persekitaran Balai Bomba. Segelintir pelatih diberikan peluang untuk merasai sendiri penggunaan alat pemadam api.

Di akhir sesi, semua rombongan bergambar kenang-kenangan.



Penerangan tentang jenis & kelas pemadam api.


Pelatih memberikan perhatian pada taklimat dan penerangan.


Suasana dalam bilik kuliah.


Cenderahati dari Pengurus GIATMARA Sri Aman


Bomba .. Sedia Menyelamat


Kesempatan yang tidak dilepaskan.


Peluang untuk mengetahui dengan lebih dekat.


Bergambar bersama jentera jutaan ringgit!


Penerangan ringkas demonstrasi memadam api.


Mendengar penerangan.


Nyalaan api campuran diesel dan petrol.


Api... Kecil menjadi KAWAN... Besar menjadi LAWAN











Latihan Industri GIATMARA Sri Aman

Latihan Industri merupakan elemen terbaru dalam Persiijilan GCPA dimana setiap pelatih dikehendaki melalui Latihan Industri selama 3 bulan. Namun demikian ianya belum lagi dilaksanakan dalam sesi kali ini.

Sungguhpun demikian, 4 orang pelatih Teknologi Sistem Komputer telah mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani latihan Industri selama 3 bulan tanpa elaun. Mereka yang terlibat adalah:
  1. Noorfarid (GM Sri Aman)
  2. Abang Ahmad Najmi (GM Sri Aman)
  3. Emelda (JKR Sri Aman)
  4. Noor Fazmeer Ikhsan (JKR Sri Aman)
Mereka telah memulakan latihan sebermula 5 Januari lalu dan akan tamat pada 5 Mac kelak.

Untuk latihan di GIATMARA Sri Aman, Noorfarid telah diserapkan dalam bahagian Perkeranian dibawah seliaan Cik Rosni Wahid (Pembantu Tadbir) manakala Abang Mohd Najmi pula diserapkan ke bahagian Setor dan Alatan dibawah seliaan En. Wan Nizam Wan Hassan (Penyelenggara Setor).

Diharapkan melalui latihan seumpama ini mampu menyediakan lepasan pelatih yang bersedia menempuhi alam pekerjaan.


Abang Ahmad Najmi menandatangani Surat Perjanjian Latihan Industri


Noorfarid menandatangani Surat Perjanjian Latihan Industri

MMP : Futsal Selection

Entri kali ini dalam Bahasa Inggeris.

It was a cloudy day as we gathered all new student for a futsal selection. This selection is very important to create a powerful team for upcoming tournament. The selection being done with test game at KPSU's street soccer court.

Well, let's the picture tell the story itself.











For more pictures, do visit Facebook Album

MMP : Lawatan ke JPAM Sri Aman

Dalam siri program Minggu Mesra Pelatih 2011, GIATMARA Sri Aman telah menyusun pelbagai aktiviti kepada semua pelatih baru untuk sesi Januari 2011- Mei 2011.

Lawatan ke JPAM Sri Aman telah disertai oleh pelatih dan warga kerja GIATMARA Sri Aman. Dalam lawatan tersebut, semua anggota kerja dan pelatih telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan JPAM dan dibahagikan kepada 3 kumpulan:
  • Pasukan Menyelamat Air
  • Pasukan Menyelamat Bertali
  • Pasukan Menyelamat Hutan
Justeru, adalah menjadi satu kebanggaan untuk seluruh warga kerja GIATMARA Sri Aman kerana kini kami sedang mengorak langkah memperkukuhkan satu pasukan yang kuat dalam melakukan khidmat kepada masayarakat.

Lawatan tersebut telah diiringi oleh Tenaga Pengajar STK, Pn. Sabrina Abdul Rahim.
































Friday, January 7, 2011

Majlis Graduasi ke-10 GIATMARA Sri Aman




23 Disember 2010 - Majlis Graduasi ke-10 GIATMARA Sri Aman telah diadakan bersama GIATMARA Betong dan GIATMARA Lubok Antu di Dewan Suarah Sri Aman. Majlis gabungan yang julung kali diadakan berjalan dengan lancarnya.

Hampir 100 pelatih telah menerima Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia dalam majlis yang penuh gilang-gemilang. Majlis diserikan dengan persembahan Ngajat dari pelatih GIATMARA Sri Aman.

Ucapan dan perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus GIATMARA Betong dan GIATMARA Lubok Antu, En. Abdul Kadir Zaini. Persembahan akustik oleh pelatih Teknologi Sistem Komputer turut mewarnai majlis pada kali ini.

Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh wakil dari Pejabat Daerah Sri Aman. Persembahan kemuncak pada kali ini adalah "Fashion Show" dari pelatih Solekan & Terapi Kecantikan.

Berikut merupakan penerima-penerima Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia pada kali ini.

GIATMARA SRI AMAN

Kursus Teknologi Sistem Komputer

1. Aajla Bin Saini
2. Abang Ahmad Najmi B. Abang Ihsanallah
3. Abg. Mohd Fikri Safwan B. Mohd Sepian
4. Abdul Hafiz Bin Abdul Rahman
5. Abdul Yazid Bin Ishak
6. Affah Fanihan Binte Mohamad Hajini
7. Awangku Mohamad Omar Bin Awg. Kok Abu Bakar
8. Dyg Nor Kartina Bt. Abg. Mohd Tamin
9. Emelda Anak Lenang
10. Mohd Amirul Bin Muhammad Iskandar
11. Mohd Ruzaimin Bin Abang Tar
12. Muhammad Aqmarul Afif Bin Azmi
13. Muhammad haris Fadilah Bin Abdullah
14. Noorfarid Bin Abang Tamizi
15. Nor Fazmeer Ikhsan Bin Nurol
16. Nurul Nillyana Binti Bokhari
17. Rafidah Binti Ali
18. Selia Anak Kamarau
19. Shirley Anak Jampong
20. Suziee Anak Menari
21. Zamzariah Binti Ali Berkat

Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikan

1. Martina Marlia Anak Thomas
2. Mary Emelda Anak Rigok
3. Nor Sahzarina Binti Abdul Karim
4. Nur Ruhiya Amira Binti Shahip
5. Nurul Affidah Binti Anuar
6. Sherry Anak Kasa
7. Susan Anak Eyoi
8. Zeliha Binti Abdullah
9. Salamiah Binti Mohidin
10. Syahida Binti Rahit

GIATMARA LUBOK ANTU

Kursus Fashion And Dressmaking

1. Elfira Anak Tukang
2. Cenderella Anak Baji
3. Jabah Anak Apin
4. Ratna Sari Tay Binti Rahman

Kursus Teknologi Automotif

1. Salleh Bin Nerudin
2. Calvin Anak Singka
3. Dublin Anak Mendan
4. Nicholas Anak Billie
5. Pendarus Anak Belayong
6. Mohd Azizul Bin Mohd Dima
7. Azuan Bin Sahdia
8. Mulia Bin Malihie
9. Mohd Didi Bin Suhaimi
10. Mohd Saiful Bin Seruji
11. Denny Anak Johd

GIATMARA BETONG

Kursus Pendawaian Elektrik Domestik

1. Kamal Anak Kusam
2. Maulana Bin Yusuf
3. Mohamad Sawiza Bin Wira
4. Mohamad Yakub Bin Zulkipli
5. Mohd Hafizul Bin Samsudin
6. Mohammad Kuzaini Bin Ibrahim
7. Mohammad Shafiq Bin Mokhtar
8. Mohd Kuzairi Bin Salimin
9. Nor Azizi Bin Sarkawi
10. Saifulazuar Bin Rosland
11. Azmi Bin Shari
12. Mohd Nazri Bin Kina

Kursus Kimpalan Dan Fabrikasi Logam

1. Augustine Chundi Anak Dennis
2. Bajing Anak Ferderick
3. Barry Anak Tagok
4. Christopher Gerajih Anak Jarupan
5. Duat Anak Mungku
6. Franklin Anak Bunyau
7. Franklin Anak Johh
8. Harry Nelson Anak Jantan
9. Mark Anak Mersi
10. Mohd Sapuan Bin Muhime
11. Ricky Anak Dimbab
12. Ronny Anak Junting
13. Sebri Anak Stephen
14. Stawerd Plaza Anak Bili
15. Suhard Saiee
16. Tony Akila
17. Sylvester Natha Anak Medan
18. Timothy Anak Jimbai

































































































































































































Labels