Berita Terpilih
Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

Info IPMA: Kemasukan ke MRSM


MRSM merupakan antara Institut Pendidikan MARA. Kemasukan ke MRSM, boleh terus berhubung ke Pejabat MARA Daerah Sri Aman.

Tuesday, November 22, 2011

Pengambilan Pelatih Teknologi Sistem Komputer 2012


Pengambilan dibuka sekarang.


Pemohon dari luar Sri Aman digalakkan memohon memandangkan kemudahan transit(asrama) telah disediakan.

Pengambilan Pelatih Solekan Terapi Kecntikan 2012


Pengambilan dibuka sekarang.


Pemohon dari luar Sri Aman digalakkan memohon memandangkan kemudahan transit(asrama) telah disediakan.

Tuesday, November 15, 2011

Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Sarawa

Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Sarawak - Giatmara Sri Aman unggul

Caption: UNTUK ALBUM...Faizal (duduk enam kanan) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta pertandingan itu di hadapan Pejabat Pusat GIATMARA Sri Aman sebaik sahaja selesai pertandingan itu.

SRI AMAN, Selasa (8 Nov) – Pusat GIATMARA Sri Aman telah membuktikan keunggulan mereka dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Negeri Sarawak 2011 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Ia terbukti apabila institusi terbabit berjaya memenangi Kategori Solekan Dan Terapi Kecantikan, Jaringan Komputer, Perisian Komputer dan Rekacipta Laman Web bagi pertandingan yang berlangsung di pejabat berkenaan dalam kawasan Bandar Baru, Sri Aman.

Pengurus Pusat GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal Che Amat berkata sejumlah pihaknya telah menghantar lapan orang peserta untuk berentap dalam kesemua kategori pertandingan terbabit.

“Kejayaan ini didorong oleh latihan secara berterusan yang diterima oleh para pelatih Pusat GIATMARA Sri Aman selama ini. Justeru ia merupakan kemenangan yang cukup bermakna buat Pusat GIATMARA Sri Aman,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa seramai empat orang peserta yang menjadi johan dalam kategori masing-masing bakal mewakili GIATMARA Sarawak untuk ke Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Malaysia pada tahun depan.

Pusat GIATMARA Lubok Antu kata Faizal juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan terbabit dengan mengendalikan aktiviti Pameran Automotif Dan Jahitan Pakaian.

Sementara itu Pusat GIATMARA Sri Aman katanya juga sedang mengadakan sesi pengambilan pelatih sepenuh masa bagi bulan Januari tahun 2012 secara percuma kepada semua penduduk bumiputera Sarawak.

“Dengan jumlah had pelatih hanya 20 orang, pihak kami akan memberikan elaun sebanyak RM200 sebulan selama berlangsung kursus (enam bulan) dengan asrama disediakan secara percuma untuk mereka.

“Kursus yang ditawarkan bagi pelatih sepenuh masa terbabit ialah Solekan Dan Terapi Kecantikan dan Juruteknik Komputer,” katanya sambil menambah bahawa sesi pengambilan ini akan berakhir pada penghujung bulan Disember tahun ini.

Selain itu Pusat GIATMARA Sri Aman katanya turut mengadakan Kursus Latihan 1 Malaysia secara percuma untuk separuh masa (hujung minggu) yang dihadkan kepada 15 orang pelatih bagi satu program.

Justeru mereka yang berminat kata Faizal boleh mengambil borang permohonan segera di Pusat GIATMARA Sri Aman atau pun memuat-turun borang berkenaan di laman blog www.gmsriaman.blogspot.com.

Terdahulu Pusat GIATMARA Sri Aman telah berjaya melahirkan seramai tujuh orang usahawan dalam bidang komputer, solekan, kejuruteraan awam dan banyak lagi setelah menjalani kemahiran di situ bagi sesi tahun 2010 dan 2011.

Sunday, November 13, 2011

GIATMARA Sri Aman di Bandar Baru Sri Aman

GIATMARA Sri Aman kini telah beroperasi di premis baru yang terletak di Bandar Baru Sri Aman. Perpindahan ke premis baru dalam masa yang sama membuka lembaran baru kepada premis lama yang dijadikan sebagai hub-usahawan kepada pelatih inkubator.

Lokasi GM Sri Aman di tengah Bandar Sri Aman

Terletak di tengah-tengah kesibukan Bandar Sri Aman yang semakin pesat membangun, GIATMARA Sri Aman kini menggalas cabaran yang lebih hebat dimana ianya kini dibaratkan terletak di dalam balang kaca, telus untuk diperhatikan masyarakat sekeliling.

Cabaran yang ada kini haruslah digalas oleh seluruh warga kerja dalam memastikan GIATMARA Sri Aman menjadi satu ikon penting dalam latihan kemahiran di Sri Aman.

Premis baru yang terdiri dari 3 aras yang merangkumi semua kursus dan bahagian pentadbiran seperti berikut:

  • · Aras Bawah – Bengkel Teknologi Sistem Komputer
  • · Aras Satu - Bengkel Solekan dan Terapi Kecantikan
  • · Aras Dua - Bahagian Pentadbiran

Pandangan Dari Hadapan Premis

Premis di Jalan Astana yang kini dijadikan hub-usahawan menjemput usahawan dari kalangan bekas pelatih GIATMARA yang bermastautin di Sri Aman.

Premis Jalan Astana kini Pusat Inkubator GIATMARA Sri Aman

Menjadi satu harapan dan impian yang besar bagi seluruh warga kerja GM Sri Aman agar perpindahan ke premis baru mampu memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan lebih bersistem.

Monday, October 31, 2011

Lawatan KKLW ke GM Sri Aman

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H






Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Aidilfitri

Di kesempatan ini, dalam kesyukuran ke atas Allah s.w.t di atas
kurniaan kesihatan, rezeki dan penghidupan,
seluruh Warga Kerja GIATMARA Sri Aman dengan ini menzahirkan ucapan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Kerja GIATMARA Malaysia.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa kemanisan dan kecerian kepada semua
di samping keluarga tercinta.
Pandulah dengan cermat semasa perjalanan pergi dan pulang.

Kemaafan kami pohonkan andai ada salah dan silap.

Minal Aidil Wal Faizin
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

http://gmsriaman.blogspot.com


Tuesday, August 16, 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011


Pada 11 Ogos yang lalu, warga kerja dan pelatih GM Sri Aman telah berkumpul di Restoran 1000 Dinar untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa 2011.



Seramai 40 orang pelatih termasuk pelatih inkubator dan 6 orang warga kerja telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Turut hadir ialah Pengurus GIATMARA Lubok Antu, En. Nazri. Diharapkan dengan penganjuran majlis seumpama ini, dapat mengeratkan silaturrahim di antara sesama pelatih dan warga kerja.



Majlis berakhir jam 7.40 malam.

Wednesday, August 10, 2011

Lawatan Kak Yam ke Sarawak




Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Kak Yam, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia pada 5 hingga 6 Ogos yang lepas. Turut mengiringi beliau dalam lawatan kali ini ialah:

• Tuan Rakawi bin Nawi (Pengurus Besar GIATMARA Negeri Sarawak)
• En. Aman Redza bin Radzi(Pengurus Projek & Senggaraan GIATMARA Malaysia)
• Puan Hasliza binti Ismail (Pengurus Projek & Senggaraan GIATMARA Malaysia)
• Puan Rosmahwaty binti Adenan (Pengurus Projek GIATMARA Negeri Sarawak)



Dalam rangka lawatan tersebut, rombongan terlebih dahulu melawat ke GIATMARA Kota Samarahan sebelum ke GIATMARA Sri Aman.

Daripada pengamatan, banyak input yang memerlukan penyelesaian segera diperolehi daripada lawatan ini. Secara keseluruhannya, menunjukkan tanda-tanda positif dalam pembangunan dan perkembangan GIATMARA.

Beserta dengan laporan ini disediakan gambar untuk tindakan dan rujukan.




Tuesday, June 7, 2011

GIATMARA Sri Aman di Jom Heboh!






GIATMARA Malaysia menyumbang untuk Tabung Bersamamu TV3.

GIATMARA Sri Aman mewakili GIATMARA Malaysia telah menyertai satu program kebajikan bersempena dengan Karnival Jom Heboh di Kuching pada hujung minggu lepas. Dalam program 2 hari tersebut, 5 orang pelatih Solekan & Terapi Kecantikan bersama 2 orang pelatih Teknologi Sistem Komputer telah bertungkus lumus untuk melakukan servis solekan muka, solekan penuh, solekan “fantasy”, mencukur bulu kening dan mengecat kuku. Sebahagian daripada bayaran yang telah dibuat oleh pengunjung Karnival Jom Heboh, didermakan kepada Tabung Bersamamu TV3.

Tenaga Pengajar Solekan & Terapi Kecantikan, Puan Sabrina binti Abdul Rahim telah bersama pelatih memberikan khidmat solekan sepanjang 2 hari tersebut. Sebagai hasilnya, seramai 80 orang pengunjung telah bersama membantu program kebajikan tersebut. Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal bin Che Amat turut bersama sepanjang tempoh tersebut dan dibantu oleh Tenaga Pengajar Mohd Khairul Azha Haji Azahari dan En. Wan Nizam Wan Hassan.


Program Kebajikan ini diadakan di booth Wanita turut diserikan dengan pelbagai aktiviti jualan dari pihak TV3 bersama artis Danny X-Factor dan Allana Amir (Lagenda: Ahmad Albob Yang Punya), Ana Dahlia (Akasia: Nora Elena) serta pengacara Wanita Hari Ini dan krew-krew TV3.


Sumbangan ke Tabung Bersamamu telah diserahkan dalam satu majlis ringkas sebelum berakhirnya sesi di booth Wanita.

Tuesday, May 31, 2011

GIATMARA Sri Aman galas cabaran Negeri Sarawak

SRI AMAN - GIATMARA Sri Aman melalui pelatihnya Mary Emelda ak Rigok dari kursus Solekan & Terapi Kecantikan bakal menggalas cabaran Sarawak dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia yang bakal dilangsungkan pada Julai ini. Beliau yang di bawah bimbingan Tenaga Pengajar Solekan & Terapi Kecantikan di GIATMARA Sri Aman, Puan Sabrina binti Abdul Rahim telah melepasi peringkat kelayakan di IKBN Pertak, Hulu Selangor pada April yang lepas. “ Ini adalah julung kalinya wakil dari Sarawak layak dalam bidang “Beauty Therapy” di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia”, ujar Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat.

Mary Emelda sedang membuat latihan “Fantasy Make-Up” untuk cabaran peringkat akhir PKM 2011

Sekiranya berjaya pada pertandingan akhir ini, Mary Emelda akan mewakili Malaysia ke 9th Asean Skill Challange di Indonesia pada 2012 dan seterusnya ke World Skill yang berkemungkinan diadakan di Denmark.

“Saya pada mulanya tidak menyangka bidang ini mampu membawa saya ke peringkat sebegini. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, bidang solekan sebenarnya bersifat global dan memerlukan kita sentiasa “update” dengan perubahan”, kata Mary Emelda yang sering bersama Tenaga Pengajar menggunakan alternatif Youtube sebagai medium rujukan antarabangsa.

Mary Emelda telah menyertai kursus di GIATMARA Sri Aman dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan pada Julai 2010. “Ramai orang berpendapat kursus solekan di GIATMARA hanya menumpukan kepada solekan semata-mata. Pada hakikatnya, banyak lagi yang bakal dipelajari contohnya rawatan muka, rawatan kuku, rawatan badan malahan bidang keusahawanan”, kata Puan Sabrina ketika mengulas tentang persepsi latihan solekan di GIATMARA.

Puan Sabrina dalam sesi pembelajaran di GIATMARA Sri Aman

Justeru, beliau menyeru kepada belia di luar sana, khususnya di Bahagian Sri Aman agar menolak persepsi negatif yang menganggap bidang solekan tidak mampu kemana-mana. Permohonan untuk kursus Solekan dan Terapi Kecantikan dibuka mulai sekarang dan permohonan bolehlah dibuat terus di GIATMARA Sri Aman atau memuat-turun borang melalui laman blog http://gmsriaman.blogspot.com.

-MOHD KHAIRUL AZHA-

Senyum Sayangi MARA

GIATMARA Sri Aman

GIATMARA telah mula bertapak sejak 25 tahun yang lepas di Malaysia. Kewujudan GIATMARA pertama di Jitra, Kedah menyaksikan perkembangan memberangsangkan ke hampir setiap Parlimen di Malaysia. Sehingga kini, sebanyak GIATMARA telah ditubuhkan dan di Sarawak sahaja, 7 GIATMARA baru akan memulakan operasinya Julai ini.

GIATMARA Sri Aman tersergam indah di Jalan Astana

GIATMARA Sri Aman, merupakan antara Pusat Latihan Kemahiran Vokasional di Bahagian Sri Aman selain GIATMARA Lubok Antu. Terdapat 2 kursus “soft-trade” ditawarkan di GIATMARA Sri Aman iaitu, kursus Teknologi Sistem Komputer dan kursus Solekan & Terapi Kecantikan.

Rutin Pagi di GIATMARA Sri Aman

Hubungan antara warga kerja dan bekal pelatih dalam menjayakan Gimik Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman yang lalu.

Latihan sepenuh masa selama 6 bulan ini diperkukuhkan lagi dengan sistem GCPA (GIATMARA Competency Point Average) yang diperakui oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Pelatih yang terampil dengan markah yang cemerlang bakal memperolehi Sijil Professional GIATMARA di samping Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia sepertimana sebelum ini. Selain itu dalam tempoh 6 bulan, pelatih akan didedahkan dengan pembangunan portfolio sebagai bukti keterampilan mereka.

Pelatih Teknologi Sistem Komputer ketika menyiapkan tugasan dalam Modul Dokumen Multimedia

Latihan demi latihan akan menjadikan kemahiran sesuatu yang menyeronokkan.

Antara keistimewaan latihan di GIATMARA adalah elaun RM 1200 untuk tempoh 6 bulan. Ini bermakna, setiap pelatih bakal menerima RM 200 sebulan. Ini hanya dinikmati oleh pelatih sepenuh masa sahaja. Dalam masa yang sama, pelatih yang cemerlang boleh meneruskan peringkat pengajian mereka ke Program Artikulasi dimana ianya memberikan peluang kepada lepasan pelatih GIATMARA untuk memperolehi Diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan seterusnya di peringkat Ijazah di Universiti Kuala Lumpur.

Pelatih dan Warga Kerja di Taman Panorama Benak sempena Aktiviti Hari Pengantin dan Hari Korporat GIATMARA Sri Aman

Dengan membawa konsep, “Kemahiran Menjamin Kehidupan”, asalkan mempunyai minat dan ketekunan mendalam, pelatih GIATMARA sebenarnya mampu untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Di GIATMARA Sri Aman, pelatih juga didedahkan dengan elemen Keusahawanan melalui Kursus Pembudayan Keusahawanan GIATMARA Malaysia. Melalui kursus ini, bekas pelatih akan berpeluang mengikuti latihan di Inkubator Usahawan dan menyertai Kelab Usahawan GIATMARA (KUG). Melalui program Inkubator, pembiayaan dan bantuan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelatih yang mempunyai potensi menjadi usahawan yang boleh maju ke hadapan.

Pelatih Solekan & Terapi Kecantikan ketika latihan solekan.

Di dalam konteks latihan kemahiran di GIATMARA, pelatih yang berkebolehan akan dipilih untuk menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia dimana hanya mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi mampu untuk menyinar.

Tenaga Pengajar, Puan Sabrina Abdul Rahim (Tengah) bersama Mary Emelda (Kiri) dan Nur Ruhiya Amira (Kanan) dalam Pra-Kelayakan PKM di IKBN Pertak, Hulu Selangor.

Baru-baru ini seramai 6 orang pelatih GIATMARA Sri Aman telah menggalas nama Sarawak untuk menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia. Seramai 4 orang pelatih Teknologi Sistem Komputer telah menyertai pertandingan dalam kategori berasingan iaitu IT Network Administration, IT Software Solution for Business dan Web Design yang diadakan di CIAST,Shah Alam, Selangor. Manakala 2 orang lagi pelatih Solekan & Terapi Kecantikan telah menyertai kategori Beauty Therapy di IKBN Pertak, Hulu Selangor. Peserta pertandingan telah diiringi oleh En. Mohd Faizal bin Che Amat (Pengurus) dan 2 orang Tenaga Pengajar iaitu En. Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari dan Puan Sabrina binti Abdul Rahim.

Barisan pelatih Solekan & Terapi Kecantikan bersama Pengurus dan Tenaga Pengajar.

Walaubagaimanapun, persaingan yang sengit serta pemarkahan yang ketat, seorang peserta Solekan dan Terapi Kecantikan, Mary Emelda ak Rigok telah berjaya ke Peringkat Akhir PKM dimana beliau telah dilatih sepenuhnya oleh Puan Sabrina binti Abdul Rahim, Tenaga Pengajar Solekan & Terapi Kecantikan GIATMARA Sri Aman. Pertandingan Akhir bakal diadakan pada Julai ini.

Pelatih Teknologi Sistem Komputer bersama Tenaga Pengajar.

Selain itu, GIATMARA Sri Aman menyediakan latihan separuh masa dalam bidang yang sama melalui pendekatan “Life Long Learning” (3L) iaitu konsep pembelajaran sepanjang hayat. Terbaru, Program Latihan 1 Malaysia bakal bermula pertengahan Jun ini dengan menawarkan kursus Solekan & Terapi Kecantikan dan Teknologi Sistem Komputer. Kursus jangkamasa pendek ini menekankan tentang modul ringkas tetapi peserta hanya perlu membayar RM1 sejam untuk latihan. Di akhir latihan, peserta akan memperolehi Sijil Latihan 1 Malaysia.

Banyak nilai kehidupan yang diperolehi sepanjang masa di GIATMARA

Berbalik kepada permohonan sepenuh masa. Syarat-syarat kemasukan adalah :
• Bumiputera Warganegara Malaysia
• Sihat Tubuh Badan
• Berumur 16 tahun ke atas
• Boleh Membaca & Menulis
• Minat dalam bidang yang dipohon

Sertai kami dalam kursus Solekan & Terapi Kecantikan

Justeru, belia-belia dipelawa untuk menyertai Latihan Kemahiran di GIATMARA Sri Aman kerana permohonan telah dibuka sekarang. Borang Permohonan boleh diperolehi di GIATMARA Sri Aman atau boleh dimuat-turun di laman web www.giatmara.edu.my ataupun di Laman Blog GM Sri Aman iaitu http://gmsriaman.blogspot.com.


Sertailah GIATMARA Sri Aman dan realisasikan impian kemahiran anda! Layari Laman Blog GM Sri Aman untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti di GIATMARA Sri Aman.

Labels