Berita Terpilih

Monday, December 20, 2010

Tinjauan Tanah Tapak Kekal GIATMARA Sri Aman

Hasil pertemuan yang positif bersama YB Hajjah Simoi Peri, ADUN Lingga, tinjauan segera terhadap tapak kekal telah dilakukan oleh Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat, TP Mohd Khairul Azha dan Wan Nizam (P/Setor) bersama beberapa orang pelatih.












Antara yang dikenalpasti dalam lawatan kali ini adalah struktur tanah, jarak tapak kekal dari Bandar Sri Aman, ciri-ciri keselamatan, sistem perparitan, status kawasan banjar dan sempadan tanah. Namun begitu, dalam tinjauan kali ini, satu permohonan akan dibuat kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk mengetahui sempadan tanah dan dalam masa yang sama melihat kedudukan sebenar tapak kekal tersebut.





Ini adalah penting dalam usaha mempercepatkan pewujudan tapak kekal GM Sri Aman sejajar dengan permintaan penduduk Sri Aman yang ingin melihat terdirinya satu Pusat Latihan Teknikal di Bahagian Sri Aman yang lengkap dan canggih.



Kunjungan Hormat Ke Pejabat YB Hajjah Simoi

Bertempat di Pejabat YB Hajjah Simoi di Sri Aman, satu pertemuan telah diadakan antara Pengurus GIATMARA Sri Aman dan YB Hajjah Simoi Peri, ADUN Lingga.



Antara intipati perbincangan yang ringkas dan padat dalam pertemuan yang mesra dan ceria adalah:


  • Pengenalan GIATMARA Sri Aman
  • Status Tapak Kekal GIATMARA Sri Aman
  • Jentera Pilihanraya
  • Pewujudan Kursus Baru
  • Promosi Pengambilan Pelatih


Dalam pertemuan yang turut disertai oleh TP Mohd Khairul Azha dan Wan Nizam, YB Hajjah Simoi komited dalam mengusahakan agar tapak kekal GIATMARA Sri Aman dapat direalisasikan dalam masa terdekat untuk kepentingan rakyat setempat dan pembangunan modal insan di Bahagian Sei

Perjumpaan Bersama Tuan Residen Bahagian Sri Aman

Pada 15 Disember lalu, bertempat di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Pengurus GIATMARA Sri Aman telah melakukan kunjungan hormat mengalu-alukan Tuan Residen Bahagian Sri Aman yang baru, Tuan Abdul Rahman bin Sabli.


Antara intipati pertemuan adalah penerangan ringkas tentang GIATMARA Sri Aman serta perbincangan tentang status transit dan permohonan kursus baru di GIATMARA Sri Aman.



Diharapkan melalui pertemuan ini dapat membina jalinan yang lebih erat antara Pejabat Residen dan GIATMARA Sri Aman.

Saturday, December 11, 2010

Temuduga Pelatih GIATMARA Sri Aman



Pada 9 Disember 2010, satu sesi temuduga telah dijalankan di GIATMARA Sri Aman untuk kursus Teknologi Sistem Komputer & Solekan dan Terapi Kecantikan.

Antara panel penemuduga kali ini adalah:
  1. En. Mohd Faizal Che Amat - Pengurus GM Sri Aman
  2. En. Mohd Khairul Azha Haji Azahari - TP Teknologi Sistem Komputer
  3. Pn. Sabrina Abdul Rahim - TP Solekan & Terapi Kecantikan
Di antara calon-calon temuduga sesi kali ini:

























Selamat Datang Ke Sarawak



Welcome to Sarawak, Land of Hornbill

"Flight from Penang International Airport now already landed in Kuching International Airport"
ETA : 1910







Seluruh warga kerja GIATMARA Sri Aman mengucapkan selamat datang kepada seluruh keluarga En. Mohd Faizal bin Che Amat yang akan menetap di Sri Aman. Semoga kehadiran ini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara warga kerja GIATMARA Sri Aman da keluarga En. Faizal.

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram / Maal Hijrah



Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.



PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432.

Sunday, December 5, 2010

Tutorial Mudah Penggunaan Software Photoscape (Dialek Sarawak)




Photoscape adalah salah satu perisian percuma di pasaran untuk memudahkan cara menghasilkan gambar yang nampak seolah-olah anda mahir dalam dunia grafik.


Contoh gambar yang diolah menggunakan Photoscape

Perisian tersebut boleh dimuat-turun dari Laman Web Photoscape secara PERCUMA!

Dalam masa yang sama, TP Azha telah menghasilkan satu tutorial mudah suatu ketika dahulu untuk menghasilkan gambar ala-ala majalah. Namun begitu, tutorial ini adalah dalam Dialek Sarawak.

Taklimat SPMa di Penview Hotel | 29-30 Disember 2010





Bengkel Standard Pendidikan Mara (SPMa) telah diadakan di Penview Hotel pada 29 hingga 30 November 2010. Setiap GM diwakili oleh seorang Tenaga Pengajar bersama Pengurus kecuali GM Zon Utara yang hanya diwakili oleh Pengurus disebabkan Lawatan Verifikasi GCPA.

Dalam bengkel 2 hari tersebut, proses penilaian kendiri SPMa telah diterangkan dengan terperinci dan simulasi penilaian dibuat di akhir sesi.

Melalui penilaian kendiri ini, setiap IPMa (Institut Pendidikan MARA), akan mengikut standard yang sama dalam usaha menaiktaraf mutu dan kualiti pendidikan MARA.

GIATMARA sendiri kini dalam proses melangkah maju ke hadapan dan diharapkan Penilaian SPMa ini dapat dijadikan sebagai pemacu dan "benchmark" kepada taraf yang lebih tinggi di masa akan datang.


Rangkuman Foto Sepanjang Bengkel SPMa










GIATMARA Sri Aman 2010

GIATMARA Sri Aman 2010



Sepanjang 2010, pelbagai aktiviti telah dilakukan di GIATMARA Sri Aman.


Minggu Mesra Pelatih di Dewan Suarah Sri Aman

Aktiviti Sukaneka Pelatih


Program Khidmat Masyarakat di Masjid Bahagian Sri Aman


Program Bumi Hijau di Kawasan Perkelahan Sungai Raya


Aktiviti Senam Tari anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

Di Tebingan Sungai Batang Lupar



Aktiviti Senam Tari anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

Di Tebingan Sungai Batang Lupar



Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak

(Tempat Ketiga)


Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak

(Tempat Ketiga)


AJK Pentas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman


Program Derma Darah bersama Bank Darah Hospital Bahagian Sri Aman

Majlis Graduasi Pelatih Sesi Januari – Disember 2010



Majlis Graduasi Pelatih Sesi Januari – Disember 2010


Ceramah Bahagian Narkotik PDRM Sri Aman


Latihan Kawad Kaki bersama Anggota Tentera dari Kem Pakit


Pameran bersama Pejabat Mara Daerah Sri Aman sempena

Pesta Benak Sri Aman 2010


AJK Persiapan Pentas sempena Pesta Pantu 2010


Program GIAT Dekat Rakyat di Rh. Nyawin, Selangau


Khemah Kerja Patriotik 1Malaysia anjuran Jabatan Belia dan Sukan

Di Bukit Saban Resort, Betong.


Majlis Berbuka Puasa 2010

Ramah Tamah Aidilfitri dan Majlis Perpisahan

En. Harriee Hareezal bin Razali


Program Ramah Tamah GMN Sarawak serta Majlis Serah Tugas antara

En. Harriee Hareezal bin Razali dan En. Mohd Faizal bin Che Amat


Program Gotong Royong Perdana 2010


Aktiviti Sukan Petang


Pertemuan dengan En. Bujang Bin Budin, Pegawai Daerah Sri Aman


Rutin Pagi GIATMARA Sri Aman


Pertandingan Solekan Dalaman antara Pelatih Solekan & Terapi Kecantikan


Pasukan Bowling SUKMAS 2010


Perkhemahan Belia di Lubok Antu

“Wedding Photoshoot” Pelatih Solekan & Terapi Kecantikan

di Taman Panorama Benak

“Wedding Photoshoot” Pelatih Solekan & Terapi Kecantikan

di Taman Panorama Benak

Sesi Fotografi GIATMARA Sri Aman 2010


Sesi Fotografi GIATMARA Sri Aman 2010


Sesi Fotografi GIATMARA Sri Aman 2010


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 &

Malam Mesra Sekalung Budi Pentadbiran Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 &

Malam Mesra Sekalung Budi Pentadbiran Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 &

Malam Mesra Sekalung Budi Pentadbiran Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman


Lawatan Verifikasi GCPA GM Sri Aman


Pemeriksaan Dokumen GCPA GM Sri Aman


Pemeriksaan Dokumen GCPA GM Sri Aman


Laman Blog GIATMARA Sri Aman

http://gmsriaman.blogspot.com


Program Ramah Mesra Pelatih & BBQ


Program Ramah Mesra Pelatih & BBQ


Labels