Berita Terpilih
Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

Info IPMA: Kemasukan ke MRSM


MRSM merupakan antara Institut Pendidikan MARA. Kemasukan ke MRSM, boleh terus berhubung ke Pejabat MARA Daerah Sri Aman.

Tuesday, November 22, 2011

Pengambilan Pelatih Teknologi Sistem Komputer 2012


Pengambilan dibuka sekarang.


Pemohon dari luar Sri Aman digalakkan memohon memandangkan kemudahan transit(asrama) telah disediakan.

Pengambilan Pelatih Solekan Terapi Kecntikan 2012


Pengambilan dibuka sekarang.


Pemohon dari luar Sri Aman digalakkan memohon memandangkan kemudahan transit(asrama) telah disediakan.

Tuesday, November 15, 2011

Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Sarawa

Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Sarawak - Giatmara Sri Aman unggul

Caption: UNTUK ALBUM...Faizal (duduk enam kanan) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta pertandingan itu di hadapan Pejabat Pusat GIATMARA Sri Aman sebaik sahaja selesai pertandingan itu.

SRI AMAN, Selasa (8 Nov) – Pusat GIATMARA Sri Aman telah membuktikan keunggulan mereka dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Negeri Sarawak 2011 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Ia terbukti apabila institusi terbabit berjaya memenangi Kategori Solekan Dan Terapi Kecantikan, Jaringan Komputer, Perisian Komputer dan Rekacipta Laman Web bagi pertandingan yang berlangsung di pejabat berkenaan dalam kawasan Bandar Baru, Sri Aman.

Pengurus Pusat GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal Che Amat berkata sejumlah pihaknya telah menghantar lapan orang peserta untuk berentap dalam kesemua kategori pertandingan terbabit.

“Kejayaan ini didorong oleh latihan secara berterusan yang diterima oleh para pelatih Pusat GIATMARA Sri Aman selama ini. Justeru ia merupakan kemenangan yang cukup bermakna buat Pusat GIATMARA Sri Aman,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa seramai empat orang peserta yang menjadi johan dalam kategori masing-masing bakal mewakili GIATMARA Sarawak untuk ke Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat GIATMARA Malaysia pada tahun depan.

Pusat GIATMARA Lubok Antu kata Faizal juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan terbabit dengan mengendalikan aktiviti Pameran Automotif Dan Jahitan Pakaian.

Sementara itu Pusat GIATMARA Sri Aman katanya juga sedang mengadakan sesi pengambilan pelatih sepenuh masa bagi bulan Januari tahun 2012 secara percuma kepada semua penduduk bumiputera Sarawak.

“Dengan jumlah had pelatih hanya 20 orang, pihak kami akan memberikan elaun sebanyak RM200 sebulan selama berlangsung kursus (enam bulan) dengan asrama disediakan secara percuma untuk mereka.

“Kursus yang ditawarkan bagi pelatih sepenuh masa terbabit ialah Solekan Dan Terapi Kecantikan dan Juruteknik Komputer,” katanya sambil menambah bahawa sesi pengambilan ini akan berakhir pada penghujung bulan Disember tahun ini.

Selain itu Pusat GIATMARA Sri Aman katanya turut mengadakan Kursus Latihan 1 Malaysia secara percuma untuk separuh masa (hujung minggu) yang dihadkan kepada 15 orang pelatih bagi satu program.

Justeru mereka yang berminat kata Faizal boleh mengambil borang permohonan segera di Pusat GIATMARA Sri Aman atau pun memuat-turun borang berkenaan di laman blog www.gmsriaman.blogspot.com.

Terdahulu Pusat GIATMARA Sri Aman telah berjaya melahirkan seramai tujuh orang usahawan dalam bidang komputer, solekan, kejuruteraan awam dan banyak lagi setelah menjalani kemahiran di situ bagi sesi tahun 2010 dan 2011.

Sunday, November 13, 2011

GIATMARA Sri Aman di Bandar Baru Sri Aman

GIATMARA Sri Aman kini telah beroperasi di premis baru yang terletak di Bandar Baru Sri Aman. Perpindahan ke premis baru dalam masa yang sama membuka lembaran baru kepada premis lama yang dijadikan sebagai hub-usahawan kepada pelatih inkubator.

Lokasi GM Sri Aman di tengah Bandar Sri Aman

Terletak di tengah-tengah kesibukan Bandar Sri Aman yang semakin pesat membangun, GIATMARA Sri Aman kini menggalas cabaran yang lebih hebat dimana ianya kini dibaratkan terletak di dalam balang kaca, telus untuk diperhatikan masyarakat sekeliling.

Cabaran yang ada kini haruslah digalas oleh seluruh warga kerja dalam memastikan GIATMARA Sri Aman menjadi satu ikon penting dalam latihan kemahiran di Sri Aman.

Premis baru yang terdiri dari 3 aras yang merangkumi semua kursus dan bahagian pentadbiran seperti berikut:

  • · Aras Bawah – Bengkel Teknologi Sistem Komputer
  • · Aras Satu - Bengkel Solekan dan Terapi Kecantikan
  • · Aras Dua - Bahagian Pentadbiran

Pandangan Dari Hadapan Premis

Premis di Jalan Astana yang kini dijadikan hub-usahawan menjemput usahawan dari kalangan bekas pelatih GIATMARA yang bermastautin di Sri Aman.

Premis Jalan Astana kini Pusat Inkubator GIATMARA Sri Aman

Menjadi satu harapan dan impian yang besar bagi seluruh warga kerja GM Sri Aman agar perpindahan ke premis baru mampu memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan lebih bersistem.

Labels