Berita Terpilih
Photobucket

Monday, January 30, 2012

Brochure Solekan & Terapi Kecantikan 2012


Thursday, January 19, 2012

Majlis Graduasi GIATMARA Sri Aman



17 JANUAR1 2010 – SRI AMAN


Seramai 30 orang graduan GIATMARA telah diraikan dalam Majlis Graduasi GIATMARA Sri Aman di Auditorium RTM. Pelatih dari kursus Teknologi Sistem Komputer dan Solekan Terapi Kecantikan telah menamatkan persijilan GIATMARA Competency Point Average (GCPA) selama 6 bulan.

Majlis Graduasi yang bersifat santai dan meriah ini diadakan sebagai apresiasi di atas kejayaan pelatih menempuh pelbagai cabaran sepanjang masa pengajian. Majlis ini dihadiri oleh Pengurus GIATMARA Sri Aman, En. Mohd Faizal Che Amat, Pengurus GIATMARA Lubok Antu, En. Mohd Nazri dan Pengurus GIATMARA Julau, En. Azmi.

Terence ak Edward Teggong dinobatkan sebagai pelatih terbaik bagi kursus Teknologi Sistem Komputer manakala Sheila Lo binti Mohd Mizan dipilih sebagai pelatih terbaik Solekan & Terapi Kecantikan. Anugerah ini diberikan atas kecemerlangan mereka menamatkan pengajian dengan point keterampilan GCPA tertinggi yang membolehkan dikurniakan pengiktirafan Sijil Ketua Pegawai Eksekutif.

Anugerah Khas Eksekutif pula diberikan kepada Ella ak Amie atas peningkatan sahsiah rupa diri sepanjang pengajian di GIATMARA Sri Aman. Nurhamizan binti Mohd Narawi pula dipilih sebagai pelatih baru terbaik Minggu Mesra Pelatih.

Majlis ini diserikan dengan persembahan nyanyian oleh 44 orang pelatih Januari – Jun 2012 dan disusuli dengan persembahan dari GIAT Band.

Barisan Pengurus yang hadir

Persembahan Koir Pelatih Baru

Penerima Pelatih Terbaik Teknologi Sistem Komputer
Terence Edward Teggong

Penerima Anugerah Pelatih Terbaik Solekan & Terapi Kecantikan
Sheila Lo binti Mohd Mizan

Penerima Anugerah

Nurhamizan aka Mijan - Penerima Hadiah Paling Sporting

Pose istimewa GIAT Band


Sejiwa, persembahan dari En. Faizal


Cinta Muka Buku - Persembahan dari Pelatih Baru


Ombak Rindu dari TP Azha dan TP Sabrina


Labels