Berita Terpilih
Photobucket

Sunday, April 24, 2011

Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman




Pada Februari yang lepas, bertempat di Padang KPSU Lama Sri Aman, Program Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman anjuran Kerajaan Negeri Sarawak telah dijalankan dengan jayanya. GIATMARA Sri Aman dengan rasa berbesar hati telah melaksanakan Gimik Perasmian yang unik dengan jayanya.

Dalam pada masa yang sama, GIATMARA Sri Aman telah turut serta dalam pameran agensi di booth pameran Sejiwa Senada. Berikut merupakan rangkuman sepanjang Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman.

Klik Di Sini untuk Album di Facebook Blogmaster




























Sejenak di GIATMARA Sri Aman


Oleh kerana kesibukan kerja luar yang diluar jangkaan, blog ini mengalami ketandusan berita. Semoga ia akan kembali normal seperti sediakala..

Kejohanan Futsal 1GIATMARA2011


1. NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Futsal 1 GIATMARA 2011 semperna sambutan 25 tahun.

2. SEJARAH KEJOHANAN
Kejohanan Futsal 1 GIATMARA ini merupakan kesinambungan daripada Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor yang dianjurkan oleh Kelab Futsal GIATMARA Selangor pada setiap tahun bermula 2007. Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor melibatkan penyertaan daripada anggota kerja dan pelatih GIATMARA seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sambutan yang menggalakkan terhadap penyertaan kejohanan membuatkan pada tahun 2010, kategori veteran telah dipertandingkan.

3. OBJEKTIF
Penganjuran Kejohanan Futsal 1 GIATMARA semperna sambutan Jubli Perak 25 tahun GIATMARA akan dapat
i. Merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan anggota kerja GIATMARA setiap negeri.
ii. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan warga MARA dan IPMa.
iii. Menjalin hubungan rapat diantara anggota kerja GIATMARA dengan KUG setiap negeri.

4. PENGELOLA
Kelab Futsal GIATMARA Selangor

5. TARIKH PERTANDINGAN
25 – 26 Jun 2011

6. TEMPAT
Sport Planet Kajang, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor,

7. YURAN PENYERTAAN
Yuran pendaftaran masuk adalah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja (RM150.00) untuk satu pasukan. Maklumat pembayaran yuran pandaftaran akan dimaklumkan kemudian.

8. KATEGORI
8.1 Kategori yang dipertandingkan :
a. Kategori Lelaki Terbuka
b. Kategori Wanita Terbuka
c. Kategori Veteren/Pengurus Lelaki (40 tahun dan keatas /Pengurus tiada had umur ditetapkan)
d. Kategori Lelaki KUG
e. Kategori Terbuka Lelaki MARA
f. Kategori Terbuka Lelaki IPMa

9. HADIAH
9.1. Hadiah akan disediakan seperti berikut;
A.
Hadiah Utama
i.
Kategori Veteren-Main Event

Juara


Wang Tunai + Piala Iringan Piala 25 tahun Jubli Perak
RM2,000.00

Naib Juara


Wang Tunai + Piala Iringan
RM1,000.00

Ke-3


Wang Tunai + Piala iringan
RM500.00

Ke-4


Wang Tunai + Piala Iringan
RM300.00
ii.
Kategori Terbuka Lelaki,Wanita,KUG,MARA dan IPMa


Juara


Wang Tunai + Piala Iringan Piala Sumbangan
RM1,000.00

Naib Juara


Wang Tunai + Piala Iringan
RM700.00

Ke-3


Wang Tunai + Piala iringan
RM500.00

Ke-4


Wang Tunai + Piala Iringan
RM300.00
B.
Hadiah Khas

i.
Penjaring Terbanyak (setiap kategori)
RM250.00

Wang Tunai + medal

ii.
Pemain Terbaik Perlawanan Akhi
RM250.00

Wang Tunai + Medal



Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila klik DI SINI.

Makan Tengahari Bersama


Let's the picture speak itself.

AVA Modul 07 : Sistem Rangkaian Komputer
















Saturday, April 9, 2011

Day 2 - Web Design (CIAST)




Cabaran pertama digalas oleh Mohd Aqmarul Afif (Apie) untuk bidang Web Design. Cabaran di CIAST selama 4 jam bermula jam 9.00 dan berakhir jam 1 tengahari.

Syukur Alhamdulillah, penggunaan sistem penyampaian yang mudah dan cepat memudahkan penghasilan laman Web bertemakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Antara element yang digunapakai:
  • Adobe Web Premium CS5
  • wampp

Day 1 - Knowledge Sharing (GM Kota Raja)

Sesi Perkongsian Maklumat Akhir PKM telah diadakan di GM Kota Raja, Shah Alam.

Penekanan diberikan kepada peserta untuk kategori:
  • Web Design
  • IT for Business Solution
  • Graphic Design
Sepanjang taklimat seawal jam 8.00 pagi, kedatangan dialu-alukan oleh Pengurus GM Kota Raja, En. Mohd Nordin yang berpengalaman luas dalam PKM & MySkill. Banyak tips dan nasihat telah diutarakan untuk diambil perhatian.

Sesi kemudiannya, diteruskan dengan bantuan TP Ziana (GM Parit) untuk IT for Business Solution, TP Afie (GM Gopeng) untuk Web Design dan TP Din Kg Pandan untuk Graphic Design.

Sesi berakhir jam 5.30 petang.



Apie sedang dalam latihan terakhir Adobe Web Premium CS5

Hasil kerja 4 jam


Fydah bermain macro & mail merge

Sesi bersama TP Afie dari GM Gopeng


Sketch & Planning Website

Bersama TP Azha di GM Kota Raja

Thursday, April 7, 2011

Cabaran PKM 2011





GIATMARA Sri Aman telah menggalas cabaran dalam 4 kategori dalam Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia bermula 8 hingga 11 April 2011.

Seramai 6 orang pelatih akan mempertaruhkan kemahiran masing-masing dalam pertandingan kali ini.

  1. Mohd Aqmarul Afif bin Azmi - Web Design
  2. Abdul Yazid bin Isyak - IT Network Technology
  3. Mohd Amirul bin Mohd Iskandar - IT Network Technology
  4. Rafidah binti Ali - IT Solution for Business
  5. Mary Emelda - Beauty Therapy
  6. Nur Ruhiya Amira - Beauty Therapy
Pertandingan ini dijalankan di 2 pusat berbeza"

  • CIAST, Shah Alam - IT
  • IKBN Peretak, Hulu Selangor - Solekan
Semoga semuanya beroleh kejayaan!

Saturday, April 2, 2011

Perasmian GM Lanang, Sibu



Team Gimik dan seluruh Warga Kerja GM Sri Aman telah berkampung di Sibu untuk perasmian GM Lanang. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri KKLW, Datuk Joseph Entulu Belaun. Selain dari perlaksanaan gimik, GM Sri Aman turut menyumbangkan tenaga dalam Khidmat Solekan kepada masyarakat setempat.

Imej penuh akan menyusul kemudian.







Friday, April 1, 2011

Program Latihan 1Malaysia - GIATMARA


PELAKSANAAN BERMULA APRIL 2011!

KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.


KUMPULAN SASAR
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:

  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group)
  • Ibu/Bapa tunggal · Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pekerja Industri / Kilang
  • Pesara
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian

SISTEM LATIHAN

  • Kelayakan 3M (Menulis, Membaca & Minat)
  • Simple & Fleksibel-dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
  • Sistem Modular
  • 80% Amali & 20% Teori
  • Open entry / exit

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak Uzur
  • Umur 15 tahun ke atas
  • Minat dalam bidang yang dipohon
  • Lain-lain perkara yang menyokong permohonan

CAJ/YURAN

  • RM1.00/Jam bagi Program Asas
  • RM2.00/Jam bagi Program Pertengahan

JANGKAMASA DAN PELAKSANAAN

  • Berdasarkan modul yang digunakan
  • Maksima 8 Jam sehari termasuk 1 Jam rehat samada dilaksanakan: -
  • Kelas Malam
  • Cuti / Hujung Minggu

BORANG PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui:

  1. Muat turun di sini "BORANG PERMOHONAN LATIHAN 1MALAYSIA-GIATMARA"
  2. Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
  3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri di alamat serta nombor telefon seperti "DISINI"

Labels