Photobucket

Sunday, October 10, 2010

Sejarah GIATMARA Malaysia

Majlis MARA meluluskan penubuhan GIATMARA pada tahun 1986 bagi menghasilkan K-Entreprenuer dan K-Workers dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat setempat.


GIATMARA yang pertama dibuka di Jitra, Kedah dan GIATMARA berkembang pesat dengan penubuhan 209 pusat di semua kawasan Parlimen menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-9.

GIATMARA Jitra

Kini GIATMARA telah mula menawarkan program komuniti di beberapa GIATMARA. Program berjangka pendek ini menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai permulaan, GIATMARA Komuniti Tanjung Agas, Johor dan GIATMARA Komuniti Pongsu Seribu, Pulau Pinang telah mula beroperasi.

GIATMARA menawarkan Kursus Sepenuh Masa dan Jangka Pendek. Tempoh Kursus Sepenuh Masa adalah di antara 6 bulan hingga 12 bulan.

GIATMARA menggalakkan pelatih-pelatih yang telah tamat program supaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator.

GIATMARA memainkan peranan penting dalam mendidik pelatih melalui program latihannya di dalam dan luar negara.

Pengurusan GIATMARA sentiasa proaktif dan kreatif sebagai pemangkin dalam memperkayakan kemahiran masyarakat.

0 komen:

Post a Comment