Friday, January 14, 2011

MMP : Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman



Bertempat di Jabatan Bomba & Penyelamat Sri Aman, pelatih dan warga kerja GIATMARA Sri Aman telah mengadakan lawatan muhibbah untuk mengeratkan silaturahhim antara satu sama lain. Ini juga merupakan pengisian sepanjang Minggu Mesra Pelatih Sesi Januari - Jun 2011.

Dalam sesi tersebut, semua ahli rombongan telah didedahkan dengan asas penggunaan pemadam api dan jenis-jenisnya. Intipati ceramah dan penerangan tersebut turut merangkumi Modul 1 untuk setiap kursus; Mengawal Keselamatan di Tempat Kerja.

Dalam kesempatan itu, semua ahli rombongan diberi peluang melihat dengan lebih dekat jentera Bomba yang baru saja tiba di BOMBA Sri Aman. Pengalaman melihat jentera yang bernilai jutaan ringgit ini tidak disia-siakan oleh semua.

Kemudiannya, demonstrasi dan amali penggunaan pemadam api untuk mengawal kebakaran kecil telah diadakan di lapangan luas di persekitaran Balai Bomba. Segelintir pelatih diberikan peluang untuk merasai sendiri penggunaan alat pemadam api.

Di akhir sesi, semua rombongan bergambar kenang-kenangan.



Penerangan tentang jenis & kelas pemadam api.


Pelatih memberikan perhatian pada taklimat dan penerangan.


Suasana dalam bilik kuliah.


Cenderahati dari Pengurus GIATMARA Sri Aman


Bomba .. Sedia Menyelamat


Kesempatan yang tidak dilepaskan.


Peluang untuk mengetahui dengan lebih dekat.


Bergambar bersama jentera jutaan ringgit!


Penerangan ringkas demonstrasi memadam api.


Mendengar penerangan.


Nyalaan api campuran diesel dan petrol.


Api... Kecil menjadi KAWAN... Besar menjadi LAWAN











0 komen:

Post a Comment