Photobucket

Wednesday, April 27, 2011

Keputusan Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-20 Kategori Terbuka Automobil

Keputusan Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-20 Kategori Terbuka Automobil


ALOR SETAR, 16 April 2011 - Lebih 150 belia yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan serta organisasi kerajaan dan swasta, hari ini menyertai Pertandingan KemahiranMalaysia Ke-20 - Sektor Teknologi Automobil (pra kelayakan) yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber Manusia dan syarikat kereta nasional PROTON Holdings Berhad, yang juga merupakan penaja utama pertandingan tersebut.

Di samping kategori utama iaitu Pertandingan Kemahiran Malaysia – Sektor Teknologi Automobil, acara yang berlangsung selama empat hari ini turut mempertandingkan tiga kategori sampingan yang lain iaitu Pertandingan Kemahiran PROTON; Pertandingan Kemahiran Peringkat Terbuka dan Pertandingan Kemahiran MySkills.

GIATMARA Telah menghantar 2 kumpulan untuk menyertai PKM Kategori Terbuka Bidang Automobil ini.
Salah satu kumpulan telah berjaya memenangi tempat kedua. Syabas diucapkan pada semua peserta.

Kumpulan Satu : Pemenang Tempat Kedua

1. Amizad bin Dahalan - GM Puchong
2. Mohd Aizat bin Abd Aziz - GM Hulu Selangor
3. Shamsul Azhar bin Toyeban - GM Hulu Selangor

Kumpulan Kedua :

1. Hafizi bin Mat Hassan - GM Prima Kubang Pasu
2. Mohd Khairul Azhar bin Mat - GM Langkawi
3. Afindi bin Hassan - GM sungai Petani

0 komen:

Post a Comment