Berita Terpilih
Photobucket

Friday, March 30, 2012

Penang, Here We Come!


Well, It's our time to fight for PKM 2012.

Sheila, Ayui and Apie will be a contestant for the competition. Sheila Lo will contest in Beauty Therapy while Ayui contest in IT Software for Business Solution. Our cute contestant, Apie will cast his creativity in Web Design.

To be frank, this time is slightly different! Only one contestant will be selected to represent GIATMARA Malaysia for each cluster. We'll try our best to make GM Sri Aman proud! To make GM Sarawak proud!



Pameran Peluang Pengajian Pendidikan Tinggi


SRI AMAN - Pameran Peluang Pengajian Pendidikan Tinggi Bahagian Sri Aman telah dijalankan di Dewan Suarah Sri Aman. Pameran dan Pengambilan Pelatih Secara Terbuka telah mendapat sambutan hangat dari pengunjung pameran.

Turut menyertai pameran tersebut ialah En. Mohd Khairul Azha (Pengurus @ TP Teknologi Sistem Komputer), Pn. Sabrina Abdul Rahim (TP Solekan & Terapi Kecantikan), Cik Nur Ruhiya Amira (TP TP Solekan & Terapi Kecantikan) dan Cik Iskandariah Hj. Aboi (P. Eksekutif Urustadbir). Pameran ini turut dibantu oleh pelatih GIATMARA Sri Aman.

Sehingga jam 12 tengahari 10 permohonan untuk Teknologi Sistem Komputer dan 5 permohonan untuk kursus Solekan & Terapi Kecantikan telah diterima.
































Wednesday, March 28, 2012

GIATMARA Sri Aman 2012


GIATMARA Sri Aman telah mengalami perubahan struktur organisasi apabila Pengurus terdahulu En. Mohd Faizal bin Che Amat bertukar tempat bertugas di GIATMARA Kedah.

CARTA ORGANISASI GIATMARA SRI AMAN
2012


EN. MOHD KHAIRUL AZHA HAJI AZAHARI
Pengurus (Menjalankan Tugas)

BAHAGIAN PENTADBIRAN

CIK ISKANDARIAH HAJI ABOI
Pembantu Eksekutif (Urustadbir)


EN. WAN NIZAM WAN HASSAN
Pembantu Eksekutif Logistik

BAHAGIAN LATIHAN

EN. MOHD KHAIRUL AZHA HAJI AZAHARI
Tenaga Pengajar
Teknologi Sistem Komputer

PN. SABRINA ABDUL RAHIM
Tenaga Pengajar
Solekan & Terapi Kecantikan

PN. NORLAILAWATI MOHAMAD MASUNI
Tenaga Pengajar
Teknologi Sistem Komputer

NUR RUHIYA AMIRA SHAHIP
Tenaga Pengajar Sambilan
Solekan & Terapi Kecantikan

Monday, March 5, 2012

Aram Nemuai ke GIATMARA



Program Aram Nemuai ke GIATMARA telah dijalankan di Lubok Antu baru-baru ini. Program seharian tersebut bermatlamatkan penyebaran maklumat tentang GIATMARA dan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Program ini dijalankan di Kompleks Sukan Lubok Antu dan telah dihadiri hampir 500 orang penduduk setempat.

Program usahasama GIATMARA Lubok Antu dan GIATMARA Sri Aman tersebut adalah julung kali diadakan di Bahagian Sri Aman. Pelbagai program dijalankan seawal jam 6 pagi. Senamrobik Rakyat, Pertandingan Mewarna, Futsal, Badminton, Sepak Raga, Menyumpit dan Sukaneka. Turut dijalankan sepanjang hari tersebut, Pertandingan Karaoke serta Khidmat Solekan Percuma dari GIATMARA Sri Aman.

Menyerikan lagi program tersebut adalah dengan kehadiran delegasi GIATMARA Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia, Tuan Haji Abdul Halim Mansor.

Dalam acara berasingan di majlis makan malam sempena program tersebut, seramai 30 orang anak-anak keluarga e-Kasih telah menerima sumbangan pakaian seragam sekolah dari GIATMARA Lubok Antu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia , Tn. Haji Abdul Halim dipetik berkata, ”Hasrat GIATMARA adalah untuk menjadi peneraju latihan kemahiran yang unggul khususnya di Lubok Antu dan negeri Sarawak amnya. Pendididikan kemahiran adalah jauh berbeza dengan pendekatan akademik di universiti kerana kemahiran memerlukan kepakaran dan “hands-on” yang berkualiti.”

Rombongan GIATMARA juga telah membuatkan lawatan ke Rh. Nanga Spaya, Ulu Engkari dalam menyampaikan hebahan tentang peluang pendidikan kemahiran yang ditawarkan di GIATMARA Lubok Antu dan GIATMARA Sri Aman. “Kewujudan kompleks GIATMARA Lubok Antu yang serba canggih merupakan kebanggaan rakyat di Lubok Antu dan peluang untuk merebut ilmu kemahiran haruslah tidak disia-siakan”, ujar En. Mohd Nazri Awang, Pengurus GIATMARA Lubok Antu.

GIATMARA Malaysia turut berbesar hati untuk menjalankan “technology shift” bersama komuniti di Ng. Badau, Kalimantan, Indonesia. Sekiranya menjadi realiti, GIATMARA Lubok Antu bakal menerajui usahasama tersebut. GIATMARA sebelum ini telah melakukan usahasama dengan Thailand, Kemboja dan beberapa negara lain. Lawatan delegasi GIATMARA ke Ng. Badau menterjemahkan kesungguhan GIATMARA menjalinkan usahasama serantau untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat kedua-dua Negara.

Sebagai sebahagian daripada promosi, 3 kursus ditawarkan di GIATMARA Lubok Antu merangkumi Teknologi Automotif (1 tahun), Fashion and Dressmaking (6 Bulan) serta Kimpalan dan Fabrikasi Logam (6 Bulan). Dalam masa yang sama, GIATMARA Sri Aman pula menawarkan kursus Solekan & Terapi Kecantikan (6 Bulan) dan Teknologi Sistem Komputer (6 Bulan). Pelatih yang mengikuti kursus di GIATMARA bakal menikmati elaun RM200 sebulan serta Sijil Professional GIATMARA Malaysia setelah tamat latihan.








Labels