Pengenalan Program
Program ini dimulakan pada tahun 2006. Ianya menekankan asas dunia solekan dan kecantikan. Pada dasarnya ianya melahirkan personaliti seorang Jurukecantikan dan Juruestetik yang berkemahiran luar dan kreatif.
Kursus ini hanya terbuka kepada wanita sahaja dan berjalan selama 6 bulan. Dengan modul yang terkini disokong dengan peralatan yang lengkap, kursus ini menjanjikan keseronokan dunia solekan “make-up artist”.
Antara modul yang ditekankan dalam kursus ini adalah:
Modul 01 - Mengurus Keselamatan di Tempat Kerja
Modul 02 - Membangunkan Personaliti dan Persekitaran
Modul 03 - Menggunakan Mesin Merawat Muka
Modul 04 - Merawat Muka Menggunakan Pelbagai Masker
Modul 05 - Merawat Kontor Mata
Modul 06 - Mencantikkan Bulu Mata dan Kening
Modul 07 - Menyolek Muka
Modul 08 - Merawat Kuku Tangan dan Kaki
Modul 09 - Mencabut dan Mencerah Bulu Roma
Modul 10 - Melakukan Rawatan Badan
Modul 11 - Melakukan Rawaran Decollette
Selepas mengikuti program ini, peserta boleh menjadi pekerja mahir dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan. Mereka boleh melakukuan kerja-kerja menganalisa kulit muka, badan dan menjalankan pelbagai jenis rawatan dengan menggunakan peralatan, teknoogi dan teknik solekan yang terkini. Peserta juga berpotensi menjadi usahawan teknokrat.
Di GIATMARA Sri Aman, 2 orang Tenaga Pengajar berpengalaman akan memberikan pendedahan dan ilmu kepada pelatih-pelatih kursus ini.
Monday, October 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 komen:
bayaran utk masok brape ye? utk lepasan spm boleh memohon ke?
Akhirnya i jumpa juga syllabus cosmetology giatmara. Thank you :)
salam..saya jana, bulan depan masuk kursus ni secara fulltime kat giatmara jugak..bila tengok blog akak ni, baru paham sikit apa belajar nanti..info yang sangat bermanfaat..
Thanks untuk info ni dear...mmg sgt berguna
Thanks untuk info ni dear...mmg sgt berguna
Nak tnya, lepas latihan ada konvo ke ?
Kalau yg bertatu boleh masuk ka?
lpas pt3 boleh mohon ke?
Post a Comment